MAT SABU , LU JANGAN NAK KURANG AJAR!

>> 28 August 2011



Kenyataan Mat Sabu amat kurang ajar sekali. Tindakan Mat Sabu memperlekehkan pejuang negara sangat dikesali.

Saya sendiri berasa amat marah. Pengkhianat negara dijulang tetapi wira kemerdekaan dicerca? Inikah semangat patriotisme seorang pemimpin PAS?

Saya berasa marah kerana ramai dikalangan ahli keluarga saya yang menerima akibat daripada keganasan komunis.

Pak cik saya ASP Zambry, pengasas skuad VAT 69. Beliau gugur di perbatasan untuk mempertahankan negara akibat tembakan komunis. Bapa saya sendiri sehingga kini tempang kerana terpijak jerangkap samar komunis di Bentong, Pahang. Bapa saya tidak pernah menerima apa-apa bantuan semenjak pencen melainkan wang pencen yang hanya RM 300.

Saya menyuarakan kepada bapa kenapa tidak meminta bantuan? Bapa saya menyatakan tidak perlu kerana kita sudah menikmati hidup yang baik. Wang yang ada itu berilah kepada orang yang lebih memerlukan. Inilah kenyataan seorang pejuang sebenar. Bukannya seperti Mat Sabu yang bercakap hanya untuk meraih undi.

Saya percaya betapa kesalnya golongan seperti bapa saya kerana mereka bermati-matian mempertahankan rakyat Malaysia di waktu dahulu tetapi sayangnya, orang seperti Mat Sabu ini tidak tahu langsung menghargainya.

Seharusnya Mat Sabu ini perlu diajar kerana mengeluarkan kenyataan ini. Inilah petualang negara yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP