BUKTI MALAYSIAKINI PORTAL RASIS!!! - 3

>> 20 August 2011

Hari ini saya sekali lagi akan mendedahkan taktik halus MalaysiaKini menanam perasaan benci dan rasis terhadap bangsa cina. Sebelum ini 2 siri pendedahan saya boleh dilayari dengan klik kepada butang "artikel terdahulu" di sebelah kanan.

Sememangnya diketahui ramai bahawa MalaysiaKini sememangnya hebat dalam menanamkan perasaan rasis bagi masyarakat cina. Mereka menyebarkan berita-berita dan diselitkan sekali perasaan benci terhadap melayu, kerajaan dan mana-mana institusi melayu yang terdapat di Malaysia. Jarang sekali kita mendengar mereka menyiarkan berita baik mengenai kerajaan dan orang melayu.

Hari ini saya akan mendedahkan bagaimana perasaan benci itu diterapkan.

Sememangnya diketahui orang melayu yang boleh bertutur bahasa cina tidak sampai 1%. Manakala orang cina pula sememangnya diketahui memang ramai di antara mereka fasih berbahasa cina hasil didikan sekolah rasis (smjk) dan amat sedikit bilangannya yang boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. Fakta ini dimanupulasi MalaysiaKini sepenuhnya untuk menyebarkan ideologi rasis dalam portal berita versi bahasa cina.

Ini adalah portal daripada MalaysiaKini dan saya akan menterjemahkan untuk anda:

1. BERSIH: PSC tiada makna apabila parlimen dibubarkan
2. Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab terhadap parti politik yang mengecam tentera
3. Skim kad pengenalan dan daftar pengundi, pembangkang menyatakan Suruhanjaya Khas gagal.


1. Perarakan kuning. 20 ahli mengedarkan risalah perarakan.
2. Najib menafikan hal ehwal agama islam mempunyai kaitan dengan umno
3. Pembangunan MRT mengancam bangunan sejarah di Petaling Street, Kuala Lumpur.
4. PM: Pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa. Jawatankuasa khas tidak mempunyai kuasa menentukan pilihanraya.

Lihat terjemahan saya. Adakah mana-mana terjemahan menunjukkan mereka memuji dan menyanjung kerajaan dan mana-mana orang melayu?

Saya pasti anda akan menjawab tanda merah bernombor 2 bukan?

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Mat Sabu dan juga wakil PAS merangkap penjilatr tegar DAP. Maka tidak hairanlah tiba-tiba akan ada sesuatu isu baik mengenai orang melayu dan kerajaan akan dikeluarkan di versi bahasa cina sekiranya isu itu dikeluarkan oleh wakil pembangkang melayu.

Kalau hendak dikatakan isu versi bahasa cina itu tidak memandang rendah mana-mana institusi kerajaan dan melayu, saya katakan itu agak mustahil. Mungkin ada tetapi saya tidak perasan kerana terlalu banyak berita versi bahasa cina MalaysiaKini menjurus kepada menghentam melayu dan kerajaan.

Satu lagi bukti yang mungkin ada yang perasan dan ada yang tidak. Pernahkah anda perhatikan ini?

Dalam kotak bewarna merah itu, anda akan dapat melihat bagaimana pemimpin-pemimpin pembangkang menggunakan tweeter dan di promosikan di web MalaysiaKini. Antara yang paling kerap menggunakannya ialah Anwar Ibrahim kaki lorong belakang, Khalid Gereja, Eli Wong the Pornstar, Nik Nazmi mangkuk, Tony Pua bintang 3 dan ramai lagi pemimpin pembangkang. Pemimpin kerajaan yang menggunakan tweeter di MalaysiaKini boleh dikira dengan jari sahaja. Bukankah itu dinamakan kempen politik? Belum apa-apahal dah start kempen?

Tadi masa saya menjenguk tadi pun Anwar tengah syok online siap tulis "OMG! tiba-tiba air mata menitis". Saya perasan yang tu je sebab OMG tu saya tertafsir OMEGA pada mulanya. Rupa-rupanya bukan da... Muahahaha....

Saya telah mendedahkan siri rasis MalaysiaKini ini sebanyak 3 artikel dan KDN masih belum mengambil apa-apa tindakan atau siasatan. Nak tunggu sampai bila ni menteri KDN?!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP