APAKAH MASIH ADA HARAPAN UNTUK PKR?

>> 27 August 2011

Apakah masih ada harapan untuk PKR? Persoalan ini semakin hari semakin jelas. Saya percaya rakyat mempunyai jawapan yang tersendiri.

Pemasalahan sentiasa melanda pucuk pimpinan parti tersebut. Antaranya:

1. Adun Sri Muda menghadapi tuduhan mahkamah kerana menghina sultan.
2. Tuduhan liwat Anwar Ibrahim dan video klip bersama China Doll.
3. Saman akan dikemukakan kepada Zuraida mak lampir.
4. Khalid Ibrahim dalam terkapai-kapai dalam isu gereja DUMC dan menghadapi tindakan kerana menggunakan nama sultan.
5. Fuziah reaktor yang terkantoi menipu selepas pendedahan daripada ahli parlimen PAS.
6. Tian Chua yang menipu kerana mendakwa diserang polis.

Ini hanya sedikit sahaja daripada permasalahan yang ada. Ini belum lagi dikira ahli yang lompat parti seperti Zahrain dan Gobalakrishnan. Tambahan pula saya mendengar banyak juga desas-desus yang mengatakan ahli-ahli PKR di Seremban yang akan lompat parti. Masalah cawangan tak perlu cerita la. Setiap kali mesyuarat cawangan ada sahaja cerita ahli yang bertegang leher.

Bagaimana PKR hendak menghadapi PRU sekiranya mereka sudah tewas sebelum bertempur? Ini yang dikatakan persiapan?

Saya percaya PKR hanya menanti masa untuk tutup kedai. Anwar Ibrahim sendiri gagal untuk menyelamatkan parti ini.

Saya juga percaya dengan bungkusnya PKR, PAS dan DAP akan menyambut gembira kerana mereka akan memperolehi lebih kerusi tetapi pada masa yang sama, pertelingkahan lama akan berulang kerana parti yang menghubungkan mereka ini telah lingkup.

Saya percaya PAS dan DAP dalam dilema politik. PAS dan DAP memerlukan PKR untuk menyatukan dua parti yang berlainan ideologi tetapi PKR juga liabiliti kepada mereka. Calon yang akan dipertandingkan oleh PKR belum tentu menjamin kemenangan kepada mereka.

Tetapi PAS dan DAP dilihat masih baik melakonkan bagaimana mereka menyokong PKR. Jika benar mereka menyokong PKR, mengapa setiap usul yang dikeluarkan PKR perlu dikaji dahulu oleh PAS dan DAP dan mereka mengeluarkan kenyataan dengan penuh hati-hati? Ini menandakan mereka sendiri hilang kepercayaan kepada PKR terutamanya Anwar Ibrahim.

Setelah pembongkaran penipuan 16 September, semain ramai yang hilang kepercayaan terhadap PKR. Ini secara tidak langsung menghentam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS dan PKR.

Saya menyeru jentera BN, gunalah peluang ini sebaik mungkin. Kuburkan satu-persatu musuh kita. Lenyapkan petualang negara ini secepat mungkin.

MAJULAH BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

Masih adakah manusia yang mempercayai penipuan ini?


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP