SAIFUDDIN, JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN SEMANGAT MCOBA

>> 18 August 2011


Nampaknya UMNO mempunyai seorang lagi penyumbat gol sendiri. Penyumbat gol sendiri itu bukan calang-calang orang. Dia ialah seorang ahli majlis tertinggi UMNO, timbalan menteri serta ahli parlimen. Dia ialah Saifuddin Abdullah.

Sperti yang diketahui Saifuddin bersekolah di MCKK iaitu sekolah yang sama dituntut Anwar Ibrahim.

Bercakap mengenai sekolah-sekolah elit dan premier ini, saya juga bersekolah di sebuah sekolah yang setaraf dengan MCKK, Kolej Sultan Abdul Hamid, SDAR dan STAR Ipoh.

Perbezaan antara kami yang bersekolah premier ini ialah kami ditanamkan dengan semangat kekitaan dan setia kawan yang tinggi. Ini sememangnya budaya yang telah diajar berpuluh tahun lamanya dan diasuh menggunakan seniority oleh pelajar senior kepada pelajar junior.

Keakraban sesama kami sungguh kuat ibarat air dicincang tak kan putus. Tambahan pula MCKK mempunyai sekolah yang kesemua pelajarnya adalah lelaki maka amalan senior dan junior ini adalah lebih mudah dipraktikkan.

Berbalik semula kepada Saifuddin. Saya tidak hairan sekiranya Saifuddin Abdullah menyatakan sesuatu isu itu condong ke arah Anwar Ibrahim. Sememangnya dia mempunyai pertalian yang kuat dengan Anwar iaitu pertalian MCOBA (Malay College Old Boys Association.

Saya tidak hairan sekiranya Saifuddin lebih gemar menjaringkan gol sendiri kerana semangat kepercayaan yang diterapkan di antara ahli MCOBA adalah amat tinggi berbanding dengan orang luar.

Lihatlah sahaja siapa yang melobi kempen-kempen politik seorang bekas ahli sekolah elit. Dahulu, saya dan hampir kesemua ahli SDARA (Sekolah Dato' Abdul Razak Alumni) juga membantu untuk kempen pilihanraya bagi Dr Abdul Latiff Ahmad, timbalan menteri pertahanan kerana dia seorang SDARA.

Bukankah ini menunjukkan pertalian yang cukup kuat mengatakan mengapa Saifuddin Abdullah lebih gemar menyumbat gol sendiri?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP