WARGA EMAS CINA MENOLAK LIM KIT SIANG DAN DAP

>> 26 May 2013


Generasi muda cina sudah jelas menolak kerajaan harmoni BN. DAP begitu giat melatih para askar-askar muda untuk dijadikan pelapis kepada perjuangan DAP yang dilihat akan berjaya sekiranya orang-orang Melayu berkiblatkan kepada Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak terjadi dan orang-orang Melayu dan India masih menerima BN sebagai kerajaan.

Usaha menghasut sudah kerap dilakukan. Skrip puluhan tahun dahulu diulang. Cuma bezanya kali ini DAP mendapat tentera yang lebih baik dan besar jumlahnya yang dipanggil DAPSY.

Warga Emas Cina

Rata-rata warga emas berketurunan cina menolak sekeran-kerasnya perjuangan Lim Kit Siang dan DAP. Ini kerana mereka telah belajar dari sejarah bahawa DAP tidak mampu membawa keamanan dan Lim Kit Siang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa.

Pengajaran yang paling sukar dilupakan tentunya mengenai peristiwa 13 Mei 1969. Warga emas cina yang masih hidup diwaktu ini pastinya pernah melalui sejarah hitam yang dicipta oleh seorang insan bernama Lim Kit Siang. Mereka telah belajar mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada orang yang salah. Mereka juga tahu akibatnya pasti buruk jika DAP berkuasa.

Malu yang Tidak Dapat Ditutup

Hari ini DAPSY mengajar warga muda cina melupakan sahaja peristiwa 13 Mei 1969 demi meraih undi dari mereka. Dalam satu seminar yang diadakan DAPSY di Subang Jaya pada 2 tahun lepas, seorang peserta pernah bertanya mengenai peristiwa 13 Mei dan mengapa DAP perlu melakukan perkara tersebut. Jawapan yang diberikan oleh panel hanyalah "perisitwa tersebut sengaja diheboh-hebohkan oleh UMNO untuk menakut-nakutkan masyarakat cina yang membawa arus perubahan". Pada satu seminar yang lain yang diadakan di Sabah, soalan yang sama diajukan tetapi jawapan yang diberikan kepada oleh panel yang sama sudah bertukar iaitu "sejarah ditulis oleh orang-orang UMNO dan peristiwa 13 Mei terlalu banyak penipuan".

Apakah yang dimaksudkan arus perubahan? Adakah dengan kekacauan dan huru-hara di jalanan dikatakan arus perubahan? Adakah laporan Mageran itu satu penipuan sedangkan ianya bukannya ditulis oleh tangan-tangan politik?

Terlalu Sukar Memaafkan

Warga emas cina tidak mampu memaafkan Lim Kit Siang atas perbuatannya yang lepas. Peristiwa 13 Mei tercetus kerana Lim Kit Siang mengapi-apikan sentimen perkauman. Akhirnya pertempuran berlaku di jalanan. Orang Cina dan Melayu bergaduh hanya kerana perbezaan fahaman politik. Nyawa sudah menjadi terlalu murah.


Akhirnya masyarakat cina di waktu itu sedar bahawa mereka hanya dipermainkan Lim Kit Siang demi kemahuannya menjadi Perdana Menteri. Mereka sedar ditipu dan diperbodoh-bodohkan Lim Kit Siang dengan pelbagai kata-kata manis seperti yang dijanjikan DAPSY pada hari ini. Kerana peristiwa ini, mereka telah belajar bahawa DAP hanyalah parti yang penuh kepalsuan dan Lim Kit Siang adalah parasit yang terlalu sukar dimaafkan. Tambahan pula Lim Kit Siang sendiri masih ego kerana enggan meminta maaf kepada mana-mana pihak kerana mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.



Kita yang Terlupa

Hari ini skrip yang dimainkan Lim Kit Siang masih sama. Cuma kali ini rakan sepermainannya sudah berubah. Kali ini terdapat anak-anak Melayu yang tidak mahu belajar dari sejarah sanggup mengangkat Lim Kit Siang sebagai rakan perjuangan dan pemimpin.

Masyarakat muda cina sudah dilupakan dengan peristiwa 13 Mei. Tahniah kepada DAPSY kerana berjaya memperbodoh-bodohkan mereka dengan angan-angan Mat Jenin dan menutup peristiwa tersebut dari pengetahuan mereka.

Mengapa kita tidak pernah belajar dari sejarah yang dengan jelas menunjukkan bahawa akhirnya rakan-rakan seperjuangan Lim Kit Siang satu-persatu meninggalkan DAP? Mengapa dengan hanya sentimen kebencian, emosi sudah menutup akal fikiran?

1 comments:

Anonymous,  May 26, 2013 at 5:00 PM  

BOIKOT BARANGAN GENG DAP

SENARAI BARANGAN SEKUTU DAP


MINYAK MASAK
1) Minyak Sri Murni
2) Minyak Knife
3) Minyak Buruh
4) Minyak Naturel
5) Minyak Daisy

MINUMAN
1) PowerRoot Ali Café
2) PowerRoot Oligo Cereal
3) PowerRoot 9Spot Isotonik
4) Malta
5) Teh Cap Masjid
6) NutriMalt
7) Teh Guru Cap Masjid
8) Drinho All Drinks
9) Isomax Isotonic
10) HomeSoy
11) 100 Plus
12) Sprite
13) Coca-Cola

BARANGAN PENGGUNA & MAKANAN SEGERA
1) Pau Ahmad
2) Sri Murni Nugget
3) Marina Tuna
4) Marina Nugget
5) Roti Massimo
6) Farm Crows Butter
7) Tepung Gandum Cap Sauh
8) Semua Prodik London Biscuits (London Rolls DLL)
9) Semua Produk Khee San Bhd (Gula-Gula Fruit Plus, Fizzy Orange, Mint, Wafer & Lain-Lain Makanan Tepu)
10) Semua Produk Malaysia Dairy Industries Ple Ltd (Vitagen, Marigold, Peel Fresh, HL Milk DLL)
11) Semua Produk NONA
12) Colgate

RESTORAN
1) Old Town White Coffee
2) Baskin Robbins Ice Cream
3) Dunkin Donuts
4) Sakae Sushi
5) Mc Donalds
6) Restoran Papa Rich
7) FourLeaves
8) Secret Recipe
9) Chicken Rice Shop
10) Starbucks


PASARAYA
1) Pasaraya EconSave
2) Pasaraya 99 SpeedMart
3) Pasaraya KK mart
4) Pasaraya NSK
5) Giant

BARANGAN & PERKHIDMATAN PENGGUNA (BUKAN MAKANAN)
1) Goh Ban Huat (GBH) –Pengeluar kelengkapan tandas & pembentungan
2) Focus Point (Optometrist)
3) Bas Konsortium Ekspres
4) Bas KKKL Ekspres
5) Bas Five Star
6) Bas TranStar
7) Bas Genting Ekspres
8) S & S Ekspres
9) Eagle Ekspres
10) Bas SE Super
11) Antar Holiday
12) Boon Best
13) Air Asia
14) Revlon
15) Timberland
16) Johnson-Johnson
17) Kimberly-Clark
18) Seng Heng
19) Popukar Book Store

MEDIA
1) The Sun
2) The Star
3) Semua Akhbar Berbahasa Cina
4) Rocket
5) Suara Keadilan
6) Malaysiakini


Update sehingga 26 Mei 2013, Kalau saper-saper ada maklumat barangan @ perkhidmatan penyokong DAP @ PKR yang perlu diboikot sila maklum….ABC…BCL…

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP