TAUFEK MAKIN PANAS, AKAR UMBI PAS SUDAH MULA BERSUARA

>> 23 May 2013


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek sudah semakin kepanasan dengan kekalahan teruk PAS di Negeri Sembilan. Ini berikutan suara akar umbi yang semakin lantang meminta Taufek berundur kerana gagal membawa perubahan dan juga kegagalan untuk menawan Negeri Sembilan.

Terlalu banyak insiden menimpa PAS semasa PRU 13. Antaranya calon PAS yang sudah tewas 4 kali berturut-turut masih dicalonkan, pertukaran calon di Tampin di saat akhir, kisah boikot calon di beberapa kerusi panas dan calon PAS Labu yang tidak mendapat mandat dari sekutu mereka iaitu PKR.

Segala ini menunjukkan kegagalan Taufek yang tidak mampu membuat keputusan dengan bijak dan berdasarkan kepada permintaan akar umbi parti. Sebaliknya Taufek gemar membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan seringkali keputusan tersebut condong ke arah PKR dan DAP yang membelakangkan parti sendiri.

Akibatnya PAS bukan sahaja gagal menambah kerusi, PAS turut gagal mengekalkan satu-satunya kerusi yang sedia ada yang dimenangi di DUN Paroi semasa PRU 2008.

Jadi mungkin sudah sampai masanya Taufek meninggalkan jawatannya sementara masih ada rasa hormat dikalangan akar umbi PAS Negeri Sembilan kepadanya.

2 comments:

Bekas rakan seusrah,  May 24, 2013 at 6:33 AM  

Tinggalkan PAS terus, yg skrg tak jelas perjuangan Islamnya, dan dlm beberapa isu tersasar.

Anonymous,  June 3, 2013 at 9:20 PM  

Taufek orgnya bagus, tp yg tak bagusnya beliau berpolitik tanpa menyedari ditunggangi dek DAP & PKR. DAP menang semua kerusi DUN yg ditandinginya di NS, PKR dpt jg 3 kerusi, tp PAS yilek pocik..semua K.O. Siapa yg bijak dlm pakatan tu?,LU PIKIRLAH SENDIRI

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP