CYBER TROOPERS LAKUKAN SERANGAN PERIBADI, BUAT TUDUHAN LIAR

>> 03 May 2013


PETALING JAYA: Beberapa Cyber Troopers bertindak ekstrem dengan melakukan serangan berbentuk peribadi dan tuduhan melulu ketika kempen berbaki kurang 48 jam sebelum hari pengundian Ahad ini.

Tindakan keterlaluan kumpulan tersebut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penyebaran emel berbaur kebencian, gambar palsu, khabar angin untuk menjatuhkan calon sebelum pengundi keluar mengundi.

Terdapat juga serangan yang berbaur hasutan dengan mencetuskan sentimen perkauman.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam kesal dengan serangan berbentuk peribadi yang telah menggantikan komen-komen matang.

"Kebanyakan perbincangan adalah mengenai seseorang individu dan bukannya sesuatu isu. Sebelum mengundi, kami mahu tahu apa isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak," katanya.

Pakar keselamatan komputer, Dinesh Nair berkata, orang ramai perlu mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan yang mereka baca secara online.

"Jadi waras. Terdapat pelbagai perkara yang disiarkan secara online. Gunalah akal fikiran anda," katanya.

Pemilik blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan perubahan seperti itu dapat dilihat sejak beliau mula membuka laman webnya.

"Kemudian, segalanya adalah mengenai diri kita sendiri. Kini, ia lebih kepada mengkritik orang lain, seperti dalam kes Michelle Yeoh. Jika anda membenarkan sesiapa yang menyerang anda untuk memerintah, mereka boleh menjadi diktator," katanya.

Beliau memberitahu turut diserang kerana menyuarakan pendapatnya.

"Jika saya terus membaca apa saja mereka kata (mengenai saya), ia tidak elok untuk kesihatan, jantung dan fikiran," katanya.

Pengerusi unit media baru pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Barisan Nasional mempunyai 'aktivis siber' mereka sendiri di mana 3,000 dilatih untuk menyebarkan maklumat mengenai program dan pencapaian parti itu dalam media sosial termasuk Facebook dan Twitter.

"Mereka turut ditugaskan untuk menangani dakwaan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, Cyber Troopers pembangkang bertindak keterlaluan.

"Sebagai contoh, jika video pro BN dimuatnaik ke laman YouTube, mereka akan klik butang tidak suka tetapi turut menyiarkan komen berbaur kebencian," katanya. - The Star

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP