CALON BEBAS LENGGENG DIDALANGI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

>> 17 May 2013


Calon bebas Lenggeng semasa PRU 13 iaitu Haji Zulkifly merupakan bekas Ketua Penerangan Cawangan Daching. Sebelum PRU 13, cerita-cerita mengenai calon Barisan Nasional Lenggeng sudah kedengaran sejak dua tiga tahun lepas. Maka ramailah nama tokoh-tokoh yang disebut-sebut yang akan menggantikan Mustapa Salim pemenang kerusi DUN Lenggeng pada PRU 12.

Apabila senarai calon diumumkan oleh MB pada kurang seminggu sebelum hari penamaan calon, terdapat pihak yang tidak berpuas hati. Ini terutamanya beberapa pihak yang tersangat mahu menjadi calon di kerusi DUN Lenggeng. Salah seorangnya pastilah Shahrul Ehsan Ketua Pemuda Bahagian Seremban yang tersangat mahu menjadi calon Lenggeng.

Ini kerana sudah sekian lama Shahrul Ehsan giat membeli pengaruh dari cawangan-cawangan di Lenggeng. Beberapa bilik gerakan di sudah ditaja. Orang-orang kuat cawangan di Lenggeng sudah dibeli. Tiba-tiba namanya diketepikan dan diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.

Jadi Shahrul Ehsan sudah mula menanam strategi untuk mensabotaj calon Datuk Ishak Ismail. Beberapa rancangan halus dirancang untuk mencapai cita-citanya. Untuk pengetahuan, Shahrul Ehsan juga mengidam untuk menjadi Ketua Bahagian. Jawatan tersebut sudah disandang Datuk Ishak Ismail sudah hampir 20 tahun. Shahrul Ehsan berpendapat inilah masa dan kesempatan yang perlu digunakan untuk menggulingkan Datuk Ishak Ismail kerana sudah semakin ramai suara akar umbi mahukan perubahan Ketua Bahagian.

Shahrul Ehsan mula mencari kambing hitam untuk dijadikan calon untuk menggulingkan Datuk Ishak Ismail. Kebetulan Haji Zulkifly yang merupakan Ketua Penerangan Cawangan Daching sememangnya ada krisis politik dengan Datuk Ishak Ismail. 

Jadi Haji Zulkifly ditaja menjadi calon bebas untuk menumbangkan Datuk Ishak Ismail. Orang-orang kuat Shahrul Ehsan dijadikan jentera untuk membantu kempen Haji Zulkifly. Antara orang kuat Shahrul Ehsan yang terlibat ialah Abdul Halim Shariff Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian Seremban dan Zoolamali Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang masing-masing bertindak sebagai pencadang dan penyokong kepada Haji Zulkifly semasa penamaan calon.

Siapakah penyebar risalah ini? Shahrul Ehsan atau pembangkang?

Shahrul Ehsan benar-benar bercita-cita mahu menjatuhkan semua musuh dan penghalangnya dalam politik. Jadi PRU 13 digunakan Shahrul Ehsan sebagai platform untuk melaksanakan rancangannya ketika keadaan politik Bahagian Seremban yang semakin bercelaru dan goyah kerana permasalahan dalaman. Rancangannya mudah, mahu menggulingkan Datuk Ishak Ismail sebagai calon Lenggeng yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Tak pasal-pasal rakan blogger paneh miang dikaitkan dengan Haji Zulkifly

Pada PRU 13 juga, Shahrul Ehsan dilihat semakin kerap membeli cawangan-cawangan di dalam Bahagian Seremban. Ini sudah pastinya untuk strategi pada pemilihan Bahagian Seremban nanti dimana cawangan-cawangan ini akan digunakan untuk menyokongnya ketika menentang Datuk Ishak Ismail nanti untuk jawatan Ketua Bahagian. Cawangan-cawangan dibeli dengan diberikan pelbagai kemudahan alatan kempen seperti kain rentang, poster, topi dan baju yang kesemuanya mempunyai cop "Pemuda Bahagian Seremban". Ini juga strategi Shahrul Ehsan untuk menunjukkan kepada keseluruhan jentera UMNO Bahagian Seremban konon-kononnya Ketua Pemuda buat kerja sedangkan Ketua Pemuda ini hadir mesyuarat Bahagian pun jarang sekali.

Seminggu sebelum hari mengundi, salah seorang jentera calon bebas telah berjumpa dengan seorang wakil UMNO DUN Lenggeng dan menceritakan kesemua kisah ini.

Dari manakah Shahrul Ehsan mendapat begitu banyak wang untuk menaja Haji Zulkifly menjadi calon? Wang tersebut datangnya dari projek pembinaan jalan raya di Jalan Loop bernilai RM 5 juta yang dianugerahkan MB kepada Shahrul Ehsan. Nampaknya MB sekali lagi tersilap kerana membela seorang Pak Karut yang akan mempalitkan aib kembali ke muka MB.

Jadi sudah terdedah sudah tembelang Shahrul Ehsan untuk mempergunakan orang lain untuk memenuhi cita-cita sendiri. Diharap Jawatankuasa Disiplin segera bertindak dengan membuang golongan-golongan pembawa barah ke dalam UMNO seperti Shahrul Ehsan secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP