NAJIB PERLU BUANG KAKI-KAKI PENGAMPU

>> 07 May 2013


Antara kegagalan mendapat 2/3 pada PRU 13 ini kerana Najib disalurkan dengan maklumat yang salah oleh beberapa agensi kaki kipas yang tak habis-habis mengipas siang dan malam. Seringkali maklumat syok sendiri dijadikan maklumat yang benar untuk tatapan Najib sebagai pembuat keputusan.

Beberapa agensi kaki kipas perlu dibuat perubahan seperti Pemandu, BTN, Kemas, JASA dan beberapa agensi kaki kipas yang lain yang gagal sama sekali menyalurkan maklumat yang telus. Maklumat mereka sama sekali gagal untuk digunapakai dalam memperkuatkan jentera PRU 13.

Paling tidak boleh diterima apabila ada kepala agensi-agensi ini pula sibuk untuk berkempen untuk diri sendiri untuk menjadi calon. Ini menunjukkan agenda mereka adalah berbeza sama sekali sebagai pembantu dan penyokong kerajaan dalam pelbagai aspek.

Dalam UMNO juga kaki-kaki kipas ini perlu dibuang jauh-jauh. Mereka inilah perosak utama parti. Lihatlah sahaja seperti apa yang terjadi kepada salah seorang kaki kipas dalam Wanita UMNO yang tidak dapat menjadi calon. Tahu-tahu dia bertanding atas tiket bebas. Jadi sudah jelas kaki-kaki kipas ini bukanlah berjuang untuk parti sebaliknya berjuang untuk diri sendiri.

Di masa ini ramai lagi kaki kipas yang bermaharaja lela dalam parti. Cuma antara celik dan pejam, berapa pantas Najib boleh menghentikan perbuatan mereka ini. Sudah jemu kami di dalam parti melayan kerenah mereka ini. Jadi sebelum orang meluat, ada baiknya perubahan dilakukan untuk mengelakkan musibah yang lebih buruk.

Jika Najib gagal untuk melakukan perubahan dalam masa terdekat, maka PRU 14 tiada bezanya dari PRU 13. Kita memerlukan kerajaan dan parti yang kuat, bukannya kerajaan dan parti yang tunduk kepada masalah dalaman sendiri.

2 comments:

Anonymous,  May 7, 2013 at 2:34 PM  

One important thing that DS Najib should NOT do is that he should entertain any BN MP who had caused the downfall of BN at the 2008 by awarding post of Minister or Deputy minister though had successfully won in the recent election.The man I am referring is the one who had misused his position for being connected to Tun Abdullah Badawi. Am sure people know whom I am referring to.Infact he shd be thankfuL to ALLAH for being given the chance to contest on the 2003 GE.

Anonymous,  May 7, 2013 at 3:47 PM  

MARI RAMAI RAMAI MENYERTAI GERAKAN BOIKOT KEDAI CINA DAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KERANA MENGUJUDKAN SUASANA PERBEZAAN PERKAUMAN.
BUY CHINESE LAST MOVEMENT (BCLM Malaysia)
JOIN FB PAGE
http://www.facebook.com/pages/Buy-Chinese-Last-Movement-BCLM-Malaysia/119764648103235
AYUH SAUDARAKU, BANGKIT!!!
PANGGILLAH RAKAN2MU UTK BERSAMA2 MENYERTAI GERAKAN INI
PENGAJARAN SEWAJARNYA WAJIB DILAKSANAKAN SEKARANG!
TUNJUKKAN SUARA KITA!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP