ANWAR MAKIN MENGGILA APABILA TIADA ANWARINAS DALAM EXCO KELANTAN

>> 13 May 2013


Anwar menerima tamparan hebat apabila kegagalannya menyusupkan orangnya ke dalam pentadbiran baru negeri Kelantan yang dilantik selepas PRU 13. Ini semakin menyukarkan Anwar untuk membuat sebarang permintaan dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti dana dan kerusi tambahan untuk PRU akan datang.

Seperti sedia maklum, Nik Aziz yang selama ini menjadi pak turut Anwar juga sudah bukan lagi MB Kelantan. Malah polisi baru kerajaan PAS Kelantan masih menjadi tanda tanya. Adakah mereka mengamalkan dasar mesra Anwar atau mengamalkan dasar menyendiri dari Pakatan Rakyat seperti yang pernah berlaku di Kedah pada tahun 2008 hingga 2013?

Tamparan paling hebat tentunya mengenai Husam Musa yang merupakan bekas exco tidak dilantik menjadi exco untuk penggal yang baru. Seperti diketahui Husam Musa adalah pengikut setia Anwar di dalam PAS atau pun Anwarinas.

Jika Anwar meroyan pusing satu Malaysia kerana tidak dapat menjadi PM, Husam pula meroyan pusing satu Kelantan kerana tidak dilantik sebagai exco. Percaturan Anwar yang mahukan Husam sebagai MB juga tidak kesampaian. Kata-kata mengenai Husam bakal menggantikan Nik Aziz pada PRU 13 sebagai MB sudah kedengaran sejak 2010 dari mulut puak-puak PKR.

Mungkin mesej yang cuba disampaikan di sini jelas bahawa PAS tidak mahu lagi terikat dengan segala keputusan yang dibuat Anwar. Mungkin ini kerana PAS sudah sedar bahawa kerjasama PAS bersama PKR hanya merugikan PAS.

3 comments:

Anonymous,  May 13, 2013 at 10:26 AM  

samalah tu kedua-dua kena sawan, seorang kena sawan nak jadi PM dan seorang lagi kens sawan nak jadi EXCO.........

HANCUR NEGARA APABILA ADA KEDUA-DUA MAKHLOK UFO NIE......

Xpas,  May 13, 2013 at 2:54 PM  

Dgn pengaruh besar TMB baru di Ktan, I believe PAS will be on their own, coz Datuk NAA that I knew, not a kind of person influenced by AI, hope he can repair the damage done by pro AI in PAS, dan meluruskan perjuangan menegakkan Islam PAS, dgn membersihkan pegangan dan fahaman salah dlm PAS. Dgn itu PAS akan mendpt sokongan dan dokongan golongan yg jujur ikhlas menegakkan Islam. Hanya dgn sokongan dan dokongan golongan yg ikhlas inilah pertolongan Allah swt didtgkan insyaAllah.

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP