STRATEGI PR UNTUK BERDEMO DI PENTAS ANTARABANGSA

>> 15 May 2013


Kerajaan di waktu ini perlu lebih berhati-hati dengan idea berdemo pembangkang. Rancangan pembangkang tidak hanya meletakkan acara demo hanya di dalam negera tetapi mereka merancang untuk meletakkannya di pentas antarabangsa pula.

Ini bukan bermaksud mereka berdemo di luar negara secara besar-besaran tetapi mereka akan meletakkan media antarabangsa sebagai kunci mereka. Mereka akan berdemo di waktu negara akan menerima kunjungan dari wakil-wakil antabangsa. Ini bertujuan untuk menarik perhatian media antabangsa yang berkunjung ke Malaysia. Pastinya media antarabangsa akan mempersembahkan satu laporan media mengenai demo tersebut. Ianya pastinya memburukkan nama negara.

Jadi kabinet Najib memerlukan seorang Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang tidak takut untuk melaksanakan undang-undang untuk menjaga nama baik Malaysia. Dan juga Kerajaan perlu sentiasa berhati-hati dan peka kerana setiap kali pembangkang berdemo mereka ada agenda tersendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP