APA GUNANYA KERAJAAN MENYIMPAN KAKITANGAN YANG INGKAR?

>> 08 May 2013


Di Facebook sedang giat disebarkan dengan propoganda murahan pembangkang kepada kerajaan. Para penyokong pembangkang diminta berpakaian hitam sepanjang minggu ini tanda protes kepada SPR yang konon-kononnya menipu pada PRU 13.

Tambah kelakar apabila dakwaan di laman Facebook tersebut menyebut antara penipuan yang dilakukan adalah dengan membawa masuk warga Bangladesh sebagai pengundi (padahal sudah dibuktikan dakwaan tersebut adalah satu tuduhan serkap jarang) dan menipu semasa proses pengiraan undi kerana bekalan eletrik terputus yang dirancang (padahal TNB sudah sahkan tiada masalah bekalan eletrik terputus semasa pengiraan undi di seluruh Malaysia).

Propoganda ini kebanyakannya disebarkan di laman Facebook berbahasa mandarin. Ada juga yang boleh didapati dalam bahasa Melayu tetapi jumlahnya teramatlah sedikit.

Protes berpakaian hitam ini boleh didapati dimana-mana. Malah agak memeranjatkan sejak semalam protes ini boleh dilihat di pejabat-pejabat dan institusi-institusi kerajaan. Tidak cukup dengan itu, dari pemerhatian kebanyakan kakitangan awam yang mengikuti protes ini adalah dikalangan pendidik di sekolah. Mereka ini tidak berasa malu dengan perbuatan mereka sebaliknya merasa bangga seolah-olah mereka adalah raja.

Apakah anda mahukan anak anda mendapat didikan dari guru-guru yang berhaluan kiri menentang arus kerajaan seperti ini? Diharap kerajaan bersikap tegas dalam hal ini kerana sudah jelas mereka ini hanyalah tali barut yang menyemai api kebencian dalam institusi kerajaan. Tambah sikap mereka ini jelas tidak profesional apabila mendahulukan politik dari menjaga nama baik kerajaan.

4 comments:

Anonymous,  May 8, 2013 at 2:41 PM  

Kerajaan perlu bertindak kepada golongan ini.Tak guna simpan mereka dalam dunia pendidikan kerana hanya merosakkan anak bangsa dengan politik sempit mereka.Di luar sana ada beratus ribu anak muda yang layak untuk menggantikan mereka yang tak tahu mengenang budi ini.Kita punya cukup tempat di IPG untuk melatih bakal guru.

Anonymous,  May 8, 2013 at 2:43 PM  

Contoh paling senang ialah guru-guru yang tamat pengajian di Mesir.90% adalah penyokong tegar pembangkang.Mengambil mereka bermakna membantu agenda pas untuk meresap dalam sistem pendidikan mereka.

Anonymous,  May 8, 2013 at 5:48 PM  

setuju dengan anom 2:43.
mereka tidak pun hargai peluang yang kerajaan berikan malah mengambil kesempatan menjatuhkan kerajaan. kalo tak buka peluang kerja untuk mereka, saya percaya bersepah tanam anggur je kt rumah... jiwa pendidik yang bukan 'pure' banyak di sekolah dan amat bahaya untuk generasi baru.. banyak merungut tentang sistem baru, tak konsisten dsb...kerja merungut tak habis-habis, belum pun berjalan dan kutuk sana-sini, otak sempit..

Unknown May 11, 2013 at 12:01 AM  

Kalau tak suka kerajaan, jgn kerja dgn kerajaan! Kalau ada hati nak ubah dasar pendidikan ataupun teringin nak ubah dasar kerajaan, masuk bertanding pilihanraya!
Org yg kerja dgn swasta pun tau macamana nak berterima kasih dgn kerajaan.
Ini bukan lagi tak reti nak berterima kasih tapi tak reti nak mensyukuri nikmat Allah!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP