SAMM RANCANG PROTES DI BALAI POLIS JINJANG

>> 19 May 2013


KUALA LUMPUR 18 Mei - Satu demonstrasi dilaporkan bakal dianjurkan dari sekumpulan mahasiswa pro Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan Adam Adli.

Menerusi laman Twitter, salah seorang ahli kumpulan itu, Mandeep Singh berkata, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan Adam Adli di Balai Polis tersebut sekitar jam 3:10 petang.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak tidak menganjurkan sebarang demonstrasi yang bakal menggugat keselamatan Negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Adam Adli yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan merujuk ucapannya pada Majlis forum selepas pilihan raya anjuran SAMM pada 13 Mei lalu.

Menerusi forum itu, beliau menggesa satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke 13. - klpos

1 comments:

Anonymous,  May 19, 2013 at 11:32 PM  

Howdy! This article could not be written any
better! Looking at this article reminds me of my previous roommate!
He constantly kept preaching about this. I am going to forward this article to him.
Pretty sure he will have a good read. Thank you for sharing!



Here is my web page: Louis Vuitton Outlet

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP