UMNO TEWAS ATAU BN TEWAS?

>> 15 May 2013


Banyak pihak sudah mula menggesa agar UMNO melakukan post-mortem kerana kehilangan 7 kerusi pada PRU 13. Pada PRU 12, BN memperolehi 140 kerusi Parlimen manakala pada PRU 13 BN memperolehi 133 kerusi.

Jika UMNO mahu melakukan post-mortem kerana kekalahan BN, ianya keputusan yang tidak tepat. Ini kerana UMNO selaku salah satu komponen dalam Barisan Nasional bukanlah tewas sebaliknya menyumbang lebih banyak kerusi berbanding PRU lepas.

Post-mortem yang perlu dilakukan adalah mengenai kekalahan kerusi oleh Barisan Nasional, bukannya UMNO. Selain itu parti-parti komponen bumiputera Sarawak juga menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.

Kekalahan yang paling teruk tentunya MCA dan Gerakan yang mengalami kemerosotan kerusi Parlimen dan DUN yang tinggi. Jadi pemimpin-pemimpin UMNO tidak wajar dipersalahkan kerana kegagalan Barisan Nasional mendapatkan 2/3 kerusi Parlimen. Sebaliknya pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang perlu melaksanakan tanggung jawab yang besar untuk menambahbaik parti.

Saya bukanlah bermaksud Najib boleh lepas tangan kerana beliau ketua UMNO. Saya bermaksud tugas Najib lebih berat daripada dahulu kerana beliau ketua Barisan Nasional. Kali ini strategi untuk meraih undi masyarakat cina perlu diperbaharui kerana cara lama seperti membodek masyarakat cina tidak lagi berjaya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP