LEPAS INI SEGALA BEBAN TERLETAK DI TANGAN KAKI PENGHASUT ANTHONY LOKE

>> 10 May 2013


Satu sumber mendedahkan bahawa Dr Yeow calon BN yang tewas di Parlimen Seremban tempoh hari sudah semakin tawar hati untuk berpolitik dan kerja-kerja kemasyarakatan.

Dr Yeow sebelum ini merupakan ketua pasukan kerja amal di Hospital Mawar Seremban. Dr Yeow banyak berurusan dengan pesakit untuk membantu mereka tanpa sebarang bayaran. Kerja-kerja amal seperti ini banyak dilakukan oleh masyarakat cina dalam masyarakat setempat untuk membantu kaum cina yang kesusahan.

Tetapi sejak kekalahan itu, Dr Yeow "mungkin" akan menarik diri dari melakukan kerja amal seperti itu. Ini mungkin kerana faktor dikhianati oleh bangsa sendiri. Selama ini Dr Yeow meluangkan banyak masa, tenaga dan wang untuk membantu kaum cina tetapi kaum cina membalasnya dengan menikam belakangnya semasa PRU lepas. Mereka memberikan undi kepada Anthony Loke yang hanya pandai menghasut tetapi tidak pernah langsung menjenguk muka untuk membantu masyarakat setempat. Apa yang Anthony Loke mampu buat hanya berceramah dan berdemo.

Seandainya benar Dr Yeow ingin menarik diri, maka selepas ini kemanakah masyarakat cina yang memerlukan bantuan di Hospital Mawar harus berurusan? Dengan Anthony Loke yang hanya pandai bercakap tetapi kerja tak buat?

Adakah baru sekarang masyakat cina mahu berfikir tentang kebaikan dan keburukan tentang mengundi calon yang wajar? Jadi selepas ini masyarakat cina yang mahu dialisis percuma di Hospital Mawar silalah cari Anthony Loke yang perasan dirinya hero masyarakat cina.

5 comments:

Anonymous,  May 10, 2013 at 9:42 AM  

Selama ini kita org Melayu sangka jika org Cina tak mengundi BN maka BN akan tumbang. Akan tetapi PRU13 adalah bukti nyata jika org Cina tak mengundi BN pun BN tetap berdiri. Maka lepas ini DS Najib jgn sakit kepala susah hati fikir tentang tuntutan org Cina. Buat pekak saja, mereka boleh buat apa ? Tak nak undi tak apa. Itu mereka punya pasal. Najib tak kesah !!! Agenda seterusnya ialah Tiada Lagi SRJK Bermula Sessi 2025.

Anonymous,  May 10, 2013 at 10:05 AM  

Great ..that should be the way teaches them a bitter lesson betray MCA in PRU13.
Pass the baton to DAP let see what will happen then…..

Anonymous,  May 10, 2013 at 10:40 AM  

Biar Sepet ni raso,Cino MCA tolak sebarang jawatan di GLC atau Majlis Tempatan,dio orang pun tutop Pusat Perkhidmatan.Ado kawan den Cino di Temiang ni kato dulu dio aktif buat kojo untuk kaum dio,tapi sekarang dio kato kal;au ado yg datang dio akan suruh pogi jumpa ADUN DAP.Den raso GE 13 ni kono Cino kono tipu macam kaum Tamil pada GE 12 lalu.Kito tengok ajo.Bukan sumo orang Cino kayo,rasokan.

Anonymous,  May 10, 2013 at 10:59 AM  

Syabas Dr Lew.. apapun syabas pd Ah Jib Gor krn ditipu idup2 oleh Cina..

Lain kali sambut le Chinese New Year pukul gendang lagi.. TAK MALU punya pemimpin UMNO.. terhegeh2..

Anonymous,  May 10, 2013 at 11:43 AM  

memang patut pun buat macam tu. Kalau tidak mereka tidak akan rasa kesusahan. Mereka akan masih beranggapan, pembangkang lebih dimanjakan dari penyokong. Tak tahu la kalau najib takde telor, asik bg je kat negeri pembangkang.

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP