HISHAM RAIS DITAHAN

>> 29 May 2013



KUALA LUMPUR: Seorang lagi aktivis pro-pembangkang, Hishamuddin Rais didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei lalu.

Menurut Utusan Malaysia Online, dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Dia didakwa berbuat demikian dengan menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini untuk mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Perbuatan itu didakwa berlaku ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Hishamuddin turut dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai. - antarapos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP