CERDIKKAH PERCATURAN CALON BEBAS SEPANG?

>> 06 May 2013

Keputusan P 113 Sepang

1. HANAPIAH BIN MOHAMAD (Bebas) 318
2. SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (Bebas) 963
3. MOHD ZIN BIN MOHAMED (BN) 35,670
4. MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN (PAS) 36,774

Calon PAS menang dengan majoriti 1,104

Kecerdikan melampau dari dua calon bebas menyaksikan BN hilang sebuah kubu kuat di Selangor. Kedua-dua calon bebas ini merupakan bekas ahli UMNO yang tidak sabar-sabar menjadi calon. Tugas mereka hanyalah sekadar memecah undi BN dan nampaknya misi itu berjaya.

Saya percaya pengundi calon-calon bebas itu sendiri adalah dikalangan penyokong-penyokong UMNO kerana calon-calon bebas tersebut sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam UMNO. Seandainya mereka tidak bertanding bebas dan jumlah kedua-dua calon bebas itu yang diberikan kepada BN, saya percaya Parlimen Sepang akan berjaya dikekalkan oleh Barisan Nasional.

Jumlah undi bebas: 318 + 963 = 1,281

Sekiranya tiada calon bebas, BN akan menambah kerusi sebanyak 1,281 dan ini menyaksikan majoriti yang dipegang calon PAS sebanyak 1,104 tidak akan selamat.

Tetapi perkara ini terlalu lambat untuk dibicarakan. Secara jujurnya, adakah calon bebas ini sudah berpuas hati dengan menggadai pejuangan mereka selama puluhan tahun dalam UMNO dengan memberikan kemenangan percuma kepada PAS?

2 comments:

Anonymous,  May 6, 2013 at 6:12 PM  

Memang bodohhhh!!! tu namanya pengkhianat bangsa dan umno.

Anonymous,  May 7, 2013 at 10:04 PM  

Brader..mamat yg bertanding bebas pun rasa dikhianati oleh sahabat dia sendiri si Mat Zin..diaorg dah dijanjikan calun oleh Mat Zin sendiri..but at last nama org lain yg naik.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP