POLIS JOHOR DITUDUH BAWA PENGUNDI HANTU

>> 09 May 2013


JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menjadi mangsa fitnah apabila dituduh menggunakan trak miliknya untuk membawa pengundi hantu warga asing ke pusat pengundian, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff turut mengesahkan, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan siasatan lanjut kini dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) terbabit yang mengeluarkan berita palsu itu. 

"Fitnah itu didakwa berlaku di Batu Pahat, ia tidak berasas sebaliknya hanya mencemarkan kredibiliti PDRM. 

"Trak berkenaan sebenarnya digunakan untuk membawa anggota polis yang bertugas bagi memastikan suasana pembuangan undi berjalan lancar serta aman," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Hadir sama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor Datuk Dr Hashim Haron.

Mohd Mokhtar berkata, beliau mengandaikan fitnah terbabit sebagai sampah serta fitnah tertinggi yang dilempar terhadap PDRM Kontinjen Johor. 

Beliau turut berharap pihak berkaitan berfikir sebelum menyebarkan fitnah seperti itu. 

"Kami melihat ada aliran di media sosial untuk menyebarkan fitnah sebegini. Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana kami melaksanakan tugas mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan proses demokrasi berjalan lancar," katanya. - Metro

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP