DAP MENYAMBUT KEKALAHAN PAS DENGAN BERDEMO

>> 18 May 2013


Malam tadi berlangsung himpunan orang gila Black 505 di Seremban. Acara ini dipenuhi oleh sebahagian besar penyokong berbayar Pakatan Rakyat yang hampir 90% adalah orang luar. Mereka dibayar khas dengan tujuan memberikan persepsi kepada rakyat kononnya Anwar Ibrahim mempunyai penyokong yang ramai di Negeri Sembilan walaupun hakikatnya Pakatan Rakyat sudah tersungkur di Negeri Sembilan.

Acara ini dipenuhi dengan agenda kutuk-mengutuk dari pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Cuma apa yang ingin dikatakan di sini, adakah pucuk pimpinan DAP Negeri Sembilan seperti Anthony Loke tidak dapat menerima kemenangan DAP di Negeri Sembilan? Adakah protes ini ditujukan kepada DAP sendiri yang menang besar di hampir kesemua tempat yang ditandingi DAP? Jadi maknanya DAP menang di Negeri Sembilan ini pun disebabkan pengundi-pengundi hantu?

Untuk makluman beberapa pemimpin tertinggi PAS Negeri Sembilan tidak merestui perhimpunan ini. Ini kerana mereka boleh menerima kekalahan mereka di semua kerusi di Negeri Sembilan disebabkan takdir tuhan. Inilah yang dipanggil muhasabah diri. Tetapi ada juga penjilat tegar Anwar dari PAS Negeri Sembilan yang menyertai perhimpunan tersebut untuk menunjukkan seolah-olah mereka lebih maha mengetahui  dari tuhan yang satu mengenai keputusan PRU 13 lepas.

Kadang-kadang terfikir juga adakah perhimpunan ini sebenarnya ditujukan kepada PAS oleh DAP kerana kedunguan PAS yang masih gagal menembusi Negeri Sembilan? 

Sampai Seremban abang Mat meroyan sebab kalah. Kah kah kah

1 comments:

Peniti Karat,  May 18, 2013 at 11:32 AM  

Tangan abang mat ni dah kotor ... suruh dia basuh dengan sabun.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP