CALON PKR AMPANGAN SOMBONG

>> 03 May 2013


Ini kisah yang diceritakan kepada saya oleh seorang atas pagar yang bertemu dengan Kamarul Baharin semasa berkempen petang tadi.

Petang tadi calon ini berkempen dengan program mesra rakyat. Lawatan dibuat ke sekitar Ampangan termasuklah pasar malam. Apa yang ingin dikatakan disini Kamarul Baharin yang datang melawat pasar malam hanya mahu bersalaman dengan beberapa orang tertentu sahaja. Orang ramai langsung tidak dipedulikan seolah-olah dirinya telah pun menjadi YB.

Tidak cukup dengan itu kuncu-kuncunya yang terdiri dari orang luar membuat suasana bingit dan menyusahkan orang ramai. Masa lawatan yang diambil pun 10 minit sahaja dan kemudiannya dia pun terus beredar. Inikah calon yang harus dipilih oleh rakyat dengan sikap sebegini? Belum jadi YB sudah menyombong?

Kamarul Baharin tidak melawat keseluruhan kawasan pasar malam pun. Ini jelas mengguris hati beberapa penyokong tegar Pakatan Rakyat yang berada di hujung pasar malam kerana keengganan Kamarul Baharin bermesra dengan mereka.

Dilaporkan Kamarul Baharin antara bakal MB seperti yang disebut oleh kuncu-kuncunya sekiranya dia menang. Tapi dengan sikap begini, Kamarul Baharin perlu dibakulsampahkan secepat mungkin oleh orang Ampangan.

3 comments:

Berita dari gunung May 4, 2013 at 12:17 AM  

PERINGATAN SEBELUM MENGUNDI:

MELAYU BERPECAH, MELAYU AKAN RUGI. KALAU SUKA BERDEMONSTRASI, NANTI YANG AKAN MATI ADALAH UMAT MELAYU DAN PASUKAN KEAMANAN MELAYU.

PENGANJUR DEMONSTRASI TIDAK AKAN MATI SEBAB MEREKA DUDUK JAUH-JAUH, RAKYAT JUA AKHIRNYA JADI TERBUAI, GHAIRAH, MELAMPAU,CEDERA DAN MATI.

MELAYU HARUS KEMBALI BERSATU DALAM BARISAN YANG KUAT KERANA BILA MELAYU LEMAH DAN BERPECAH, MUSUH AKAN BERSORAK. NEGARA KECIL SINGAPURA SEDANG MENUNGGU AKAN BERTEPUK TANGAN.

INILAH NEGARA ISLAM CONTOH SELURUH DUNIA,OLEH ITU BANGSA MELAYU WAJIB BERSATU ATAS RASA KESYURUKAN NIKMAT DAN RAHMAT ILAHI DIBAWAH BARISAN NASIONAL. KALAU ADA YANG TIDAK KENA DENGAN TINDAK TANDUK BARISAN NASIONAL, PARTI KOMPONENNYA DAN PEMIMPINNYA, KITA WAJAR BETULKAN SELEPAS INI.

UNDI BARISAN NASIONAL ATAS RASA KESYUKURAN..!!!

Anonymous,  May 4, 2013 at 12:40 AM  

once and for all, kuburkan mereka2 di PRU 13 ini. Biar depa kalah dengan majority yang banyak sampai tersungkur dan jangan lagi bangun forever...

Anonymous,  May 4, 2013 at 2:42 PM  

Salam, berikan undi kpd Haji Abu. Ya Allah berikan kemenangan kepada Haji Abu di Ampangan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP