HARIS IBRAHIM, TIAN CHUA DITAHAN POLIS

>> 23 May 2013


SHAH ALAM: Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi

2 comments:

Anonymous,  May 23, 2013 at 4:00 PM  

tiba masa utk hidupkan kembali ISA. dorang nak sama mcm singapore kan...so inilah masanya. ISA ni yang boleh menyelamatkan Malaysia dari terus ditendang dan dihina oleh puak² ini.

Anonymous,  May 23, 2013 at 4:04 PM  

KDN dulu slogannya

Populariti sepupu diutamakan, BN dan Melayu dicinamikan

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP