PAKATAN BERTELAGAH ISU MB SELANGOR

>> 08 May 2013


Isu siapa MB Selangor masih tidak berkesudahan. Ini menyaksikan pertarungan 3 wakil yang dirasakan berhak untuk menjawat jawatan tersebut.

DAP mahukan Khalid Gagap untuk meneruskan jawatan sebagai MB kerana Khalid Gagap dilihat sebagai kuda tunggangan yang sesuai untuk mereka meneruskan agenda menyemai benih perkauman di Selangor. Azmin Ali pula secara terbuka menyatakan bahawa dirinya adalah orang yang layak untuk menjawat jawatan MB Selangor kerana berdasarkan kepada faktor pangkat dalam PKR. PAS pula mengatakan mereka pula yang sepatutnya menjadi MB kerana PKR sudah diberikan mandat untuk menjadi MB pada PRU 12. PAS sudah menyatakan dengan jelas andainya mereka tidak dipilih menjadi MB Selangor, PAS tidak teragak-agak untuk keluar Pakatan Rakyat.

Jadi sudah jelas bahawa permainan politik mereka Pakatan Rakyat ini bukanlah untuk berkhidmat untuk rakyat sebaliknya hanya berperang sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Apa yang pasti, Pakatan pastinya akan tunduk kepada kata-kata DAP yang mahukan wakil PKR menjadi MB. PAS seperti biasa akan melukut di tepi gantang. Inilah nasib PAS yang hanya merupakan wakil yang tidak penting dalam Pakatan Rakyat.

1 comments:

Anonymous,  May 8, 2013 at 8:58 PM  

Yang pasti ade satu Parti Agama yang akan sentiasa menjadi anjing suruhan kepada Tuannya

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP