PAS BERGOLAK. ADA MENYOKONG, ADA MEMBANTAH

>> 29 May 2013


Beberapa pemimpin PAS melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan Anwar agar mengarahkan PAS menyertai protes Blackout 505. Sehubungan itu mereka telah bertindak dengan memulaukan perhimpunan tersebut sebagai tanda protes kepada Anwar yang menjaja cerita dongeng kepada rakyat konon-kononnya SPR tidak telus dalam proses pengiraan undi di beberapa kawasan panas semasa PRU 13.

Tetapi ada pula beberapa pemimpin-pemimpin PAS bukan sahaja sanggup menyertai malah diberikan peluang untuk berceramah di pentas Blackout 505. Antaranya Mat Sabu, Nizar Komunis dan Din Pudu yang tewas semasa PRU 13.

Dari satu perspektif, kita dapat melihat pihak yang mana yang sebenarnya pro Anwar dan pihak mana yang menyebelahi pendirian Majlis Syura PAS. Ini kepincangan yang jelas menunjukkan betapa PAS sendiri masih gagal mencapai kata sepakat sesama sendiri.

Kadang-kadang terfikir juga. Adakah ini sekadar muslihat PAS yang mahu menarik kembali sokongan orang Melayu yang kebanyakannya menolak demo haram Blackout 505?

Ada berapa peratus anak Melayu dalam demo Blackout 505?

1 comments:

Anonymous,  May 29, 2013 at 8:49 PM  

Sesungguhnya PAS harus keluar dari PAKATAN RAKYAT dan menjadi parti yang betul2 memperjuangkan islam. Kerana kita semua ketahui bahawa ALLAH SWT tetap akan bersama mereka yang berjuang kejalan NYA. Maka sudah tiba masa nya PAS bergerak bersendirian dan kembali kepada asas perjuang yang berteraskan islam. Jika PAS sanggup keluar dari PR saya yakin PAS akan mendapat menambah kerusi didalam PRU yang akan datang. Ini adalah kerana ramai orang melayu yang masih diatas pagar mengharapkan sebuah parti orang melayu unutk mengantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib mereka.Jika islam dijadikan agenda utama perjuangan dan meletakan agenda melayu sebagai keutamaan, saya percaya UMNO akan berkubur. Jika bersama PR PAS boleh menerima apa saja yang dipersetujui maka rasanya tiada masalah unutk PAS menjadikan islam dan melayu sebagai moto perjuangan dalam politik Malaysia.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP