DAP DIDAKWA SELEWENG AYAT AL-QURAN

>> 01 May 2013


GEORGETOWN: DAP bertindak melampaui batas apabila menyelewengkan ayat al-Quran dengan membuat terjemahan palsu untuk kepentingan politik. 

Berita Harian semalam melaporkan DAP menerusi blog dapbagan.blogspot.com dikesan memaparkan terjemahan ayat al-Quran yang berbeza daripada terjemahan sebenar.

Blog berkenaan berperanan sebagai lidah rasmi DAP, khusus untuk penyandang kerusi Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Menerusi tajuk artikel ‘Umno, jangan berlagak seperti Tuhan!’ tulisan ahli DAP seumur hidup, Viktor Wong, pada blog itu didapati menterjemahkan ayat 56 Surah al-Baqarah berbeza daripada terjemahan asal. 

Firman Allah SWT dalam ayat 56 surah itu diterjemahkan Viktor sebagai: “Wahai Umno dan kesemua NGO-NGO yang diperhamba olehnya, janganlah berlagak-lagak seperti Tuhan. 

“Siapakah kamu-kamu semua untuk memberikan satu ketetapan ataupun sejenis ‘fatwa’ untuk mensabitkan seorang itu bersalah oleh kerana beliau hanya memberikan kenyataan itu berpandukan apa yang tertera di dalam ajaran al-Quran." 

Semakan BH mendapati terjemahan firman Allah SWT yang sebenar dalam ayat 56 Surah al-Baqarah ialah: “Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.” 

Artikel yang disiarkan pada 13 November tahun lalu itu, turut disiarkan dalam blog Viktor, viktorwong-socialaffairs.blogspot.com dengan tajuk yang sama pada 11 November tahun lalu. 

Dalam blog itu dipaparkan Viktor bergambar dengan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, selain gambar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan penyandang kerusi DUN Bagan Dalam, A Tanasekharan. 

Difahamkan, Viktor adalah Pengarah Inter-Research And Studies (IRAS), sebuah badan pemikir berpusat di Pulau Pinang. 

Beliau adalah ketua pengarang bagi blog itu bersama seorang lagi ahli DAP, Richard Lim. - antarapos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP