PENYAKIT ORANG-ORANG UMNO...

>> 07 April 2012


Sudah banyak kali blog ini menyiarkan mengenai kelakuan dan tabiat pelik orang-orang UMNO. Kali ini sekali lagi akan dibincangkan mengenai kepincangan parti yang nampaknya masih tidak dapat diselesaikan di Negeri Sembilan.

Seperti yang kita ketahui, UMNO Negeri Sembilan mempunyai masalah dalaman yang agak kritikal apabila sistem tikam-menikam antara satu sama lain berlaku. Apa yang paling dikesalkan apabila PRU 12 yang lalu dimana ahli UMNO sendiri yang banyak memangkah pembangkang.

Kerana apa?

Salah satu sebabnya protes terhadap calon.

Nampaknya penyakit ini sekali lagi akan berulang apabila di peringkat cawangan sendiri pun sudah ada usaha-usaha untuk protes calon. 

Kenapa perlu protes calon?

Antara sebabnya tidak disukai, protes dari pihak yang tidak dapat dipilih jadi calon, khabar angin dan banyak lagi. Ini sebenarnya hanyalah mencerminkan sikap tidak profesional ahli UMNO sendiri yang dilihat menggagalkan usaha mereka sendiri sebagai ahli parti.

Ini perbincangan utama.

Seharusnya tidak kira bagaimana sekalipun, tugas kita untuk memastikan calon parti menang dalam apa cara sekalipun. Jika protes dilakukan, parti kita sendiri yang tewas dan kita juga yang mendapat akibat.

Masih tidak belajarkah kita dari PRU 12 yang lalu? Sedang sibuk kita protes terhadap calon sedar tak sedar kita kehilangan 2/3 di Negeri Sembilan. Pembangkang di Negeri Sembilan bukanlah kuat mana pun tetapi kebodohan kita sendiri yang memberi laluan kepada pembangkang untuk menang. Jika tidak, masakan Ampangan yang tidak pernah dipegang pembangkang sejak merdeka jatuh ke tangan pembangkang?

Di sini sikap profesional dan toleransi amat penting. Sungguh pun kita tidak menyukai calon tersebut, ada baiknya kita menasihat dan berbincang untuk memperelokkan calon tersebut demi parti. Ini tugas mudah dan boleh dilakukan kerana kita duduk sebumbung di bawah lembayung UMNO dan Barisan Nasional.

Tetapi amat payah sekiranya kita masih bersikap bodoh sombong, keras kepala dan angkuh. Maka akhirnya parti kita sendiri yang binasa.

Sebagai contoh diwaktu ini adanya protes terhadap Tok Mat dari pihak-pihak tertentu. Disini jangan dilupa bahawa kita bertindak berasaskan kepada majoriti dan demokrasi. Masih ingatkah bahawasanya dahulu Tok Mat dipilih menjadi MB kerana suara majoriti yang mewakili kita secara langsung? Oleh itu hormat sahajalah segala keputusan majoriti. Tidak perlu terbawa-bawa kepada kertas undi.

Amat diakui bahawa UMNO agak lemah dalam sebahagian perkara tetapi inilah masanya untuk diperbaiki. Mulai hari ini hentikan protes secara terbuka dan banyakkan perbincangan sesama kita demi menguatkan parti. InsyaAllah dengan ini maka kita akan mendapat kembali 2/3 di Negeri Sembilan. Amin.

1 comments:

meUher April 7, 2012 at 9:54 AM  

Orang Nogori NIH berpuak2 lebih kurang berkasta laa! Engkau suku lain aku suku lain, mcm Tok Arab! Arab mana ada kesatuan...berpuak puak!!!!

Hanya dlm politik diterjemahkan sebagai tdak bersetuju dgn pilihan calon!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP