SELAMAT GALI LUBANG KUBUR SENDIRI KIT SIANG DAN DIN PUDU

>> 18 April 2012


Kenyataan rasmi telah dikeluarkan bahawa Din Puduraya akan bertanding di Johor pada PRU akan datang. Malah pengumuman dari Din Pudu ini menunjukkan kerusi Parlimennya di Kelantan akan diganti oleh seorang wakil baru yang belum diketahui lagi. Mungkinkah Mat Sabu kembali ke sana?

Dalam pada itu adalah percaturan PAS ini dalam usaha merobek kubu kuat BN iaitu Johor. Fakta menunjukkan betapa pembangkang gagal sama sekali menggugat Johor dari tangan BN. Mungkinkah usaha Din Pudu ini ibarat menggali lubang kubur sendiri?

Sin Chew Daily pula melaporkan bahawa Lim Kit Siang juga akan bertanding di Johor. Ini merupakan negeri keempat yang ditandingi Lim Kit Siang sekiranya dakwaan tersebut benar.


Perlu diingatkan lagi bahawa kedua-dua mereka ini tiada jaminan untuk memenangi sebarang kerusi di Johor berdasarkan kepada faktor Johor sebagai kubu kuat BN. Jadi, adakah ianya berbaloi untuk mereka ini bermain dengan api? Jadi kita harus mengucapkan selamat menggali lubang kubur sendiri kepada kedua-dua mereka ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP