HINDRAF YANG KURANG AJAR MENERUSKAN AGENDA AMBIGA ISU KEBEBASAN BERAGAMA

>> 23 April 2012


Hindraf semakin kurang ajar dalam perjuangan mereka untuk menuntut kebebasan. Terbaru Hindraf melancarkan petisyen untuk menolak politik berasaskan kaum dan kebebasan agama di Malaysia. Permintaan kumpulan ini supaya Hak Ketuanan Melayu dihapuskan dan UMNO tidak lagi boleh memperjuangkannya

Malah Hindraf mengatakan bahawa selama ini mereka ditindas oleh Hak Ketuanan Melayu. Yang paling melampau apabila mereka meminta agar kebebasan mutlak dalam beragama di Malaysia. Ini sama sekali menidakkan Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini.

Malah mahkamah Syariah dipertikaikan dan apa sahaja institusi berkaitan agama Islam dan Melayu dikutuk habis-habisan.

Bukankah mereka ini sangat kurang ajar?!

Jika Hindraf tidak perkauman, mengapa mereka terhegeh-hegeh dalam memperjuangkan sekolah vernakular SJKT? Malah Hindraf ini sendiri adalah pertubuhan haram yang tidak diiktiraf sebaliknya hanya diiktiraf kumpulan penjilat tegar Anwar. Mungkin Anwar telah menjanjikan pelbagai janji-janji manis kepada mereka sehinggakan mereka terkinja-kinja menyokong PKR.

Kumpulan-kumpulan pelampau seperti Ambiga, Hindraf dan banyak lagi ini terhasil daripada kesinambungan politik Anwar Ibrahim. Jadi sekiranya rakyat menolak Anwar maka Malaysia akan lebih aman tanpa ancaman daripada mereka ini.

Sila KLIK untuk lihat petisyen tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP