13 MEI NANTI ANWAR AKAN TERKENCING DALAM SELUAR

>> 13 April 2012



Kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan aktiviti biseksual ditetapkan untuk pengurusan kes pada 31 Mei ini.

Utusan melaporkan Peguam, R. Sivarasa memaklumkan perkara tersebut ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Rabu.

Beliau turut menyatakan pihaknya baru menerima salinan termeterai daripada mahkamah dan saman tersebut akan diserahkan kepada peguam defendan-defendan pada Khamis ini.

Seorang lagi peguam mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu selaku plaintif, Latheefa Koya yang turut dihubungi melalui SMS menyatakan kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk V. T. Singham.

Dalam saman yang difailkan pada 2 Mac lalu, Anwar menamakan Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka surat hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud, beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Bagi Anwar, tuduhan-tuduhan itu sengaja direka untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli politik.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM100 juta dan ganti rugi teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Plaintif turut menuntut satu injunksi untuk menghalang pihak defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah itu meskipun secara lisan atau media percetakan atau melalui Internet. - Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP