KHALID GAGAP AKAN MENJADI MANGSA TERBARU ANWAR?

>> 18 April 2012


Anwar mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar membubarkan DUN berasingan daripada pusat. Sebelum ini Nik Aziz mengumumkan bahawa Kelantan akan turut serta dengan pusat dalam pembubaran DUN dan perkara ini sama sekali menolak cadangan Anwar Ibrahim.

Sebuah lagi negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang masih lagi menjadi tanda tanya. Ini kerana Lim Guan Eng masih mendiamkan diri dengan cadangan Anwar agar pembubaran DUN di negeri Pakatan berasingan dengan pusat.

Nampaknya ini merupakan strategi terakhir Anwar dalam mengekalkan Negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan. Ini adalah pendedahan strategi tersebut yang dinyatakan oleh bekas ahli PKR Negeri Sembilan.

Sokongan terhadap BN semakin memuncak. Jadi Anwar sememangnya terdesak untuk mengekalkan negeri-negeri tersebut di bawah Pakatan. Sememangnya diakui bahawa BN mampu mendapat 2/3 dengan mudah dalam PRU ini.

Tujuan Anwar untuk membubarkan DUN negeri pakatan lambat daripada pusat supaya Pakatan mampu mengekalkan negeri tersebut. Caranya, semasa PRU nanti, Pakatan tidak akan mengeluarkan dana yang banyak untuk berkempen. Ini kerana dana tersebut akan digunakan untuk kempen negeri di bawah Pakatan.

Selepas PRU, pastinya BN akan kehabisan dana untuk kempen pilihanraya negeri-negeri pakatan.  Malah jentera parti juga akan kepenatan untuk satu lagi kempen pilihanraya. Jadi di masa itu Pakatan akan 'all out" untuk memastikan negeri tersebut masih di bawah pentadbiran mereka. Kesemua dana akan ditumpukan kepada negeri-negeri tersebut dan jentera-jentera parti akan dikerah berkempen habis-habisan.

Sememangnya Pakatan Rakyat sudah tiada harapan lagi untuk mencabar BN melalui kerusi Parlimen, Jadi ini sahajalah cara yang mampu dilakukan supaya Pakatan kekal memerintah di beberapa negeri.

Jadi terbukti bahawa strategi Anwar ini merupakan strategi untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja. Jika benar dakwaan bekas ahli PKR ini maka BN perlu berhati-hati.

Nota: Adakah Khalid Gagap akan menuruti cakap bossnya atau turut ingkar seperti Nik Aziz?

2 comments:

Anonymous,  April 18, 2012 at 7:13 PM  

Salam Tauke Ikan,
Tuan buat reverse psychology ke? Saya nak bagi contoh. Bila kita tanam padi kita tanam serentak supaya semua bendang akan keluar padi masa yg sama. Burung akan distributed merata, supaya padi tidak berkurangan masa menuai.
Bayangkan dalam satu kawasan ada 14 bendang padi. kalau 10 bendang sudah menuai habis, burung akan tumpu di empat kawasan tu sahaja. Habis lah hasil padi sebab di bantai olih banyak burung sekali gus.
Kalau Anwar bijak (biasanya dia tidak lah), dia akan buat serentak dgn PRU13. Kalau dia buat berasingan, bolih bayangkan berapa ramai org BN akan dtg sokong 4 negeri PR tu. Nak jalan pun tak bolih, penuh org BN. Mampus PR. 100% kalah PR (di jamin olih lever brothers)...Jadi kalau Anwar bahalul dia akan buat berasingan.

Tauke Ikan April 18, 2012 at 8:29 PM  

salam tuan atas,

mungkin kata-kata tuan itu pun ada benarnya tetapi apa-apa boleh berlaku. ada baiknya kita waspada

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP