MASALAH PAS APABILA MENYANJUNG PEMIMPIN YANG GAGAL MATEMATIK

>> 16 April 2012


Pemimpin-pemimpin PAS sudah mendabik dada konon-kononnya Himpunan Hijau di Shah Alam sebagai satu kejayaan dalam kempen anti Lynas mereka. Lagi lucu apabila mereka menyatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya menolak projek Lynas kerana memberikan kemudaratan.

Faktanya Himpunan Hijau di Shah Alam tempoh hari hanyalah disertai oleh 300 orang. Rakyat Malaysia pula ialah seramai 27 juta orang. Jadi inikah yang dimaksudkan oleh pemimpin-pemimpin PAS bahawa rakyat Malaysia menolak Lynas?

Secara matematiknya,

300 / 27,000,000 x 100 =  0.001%

Jadi adakah mereka yang membantah seramai 0.001% dari jumlah rakyat Malaysia ini yang dikatakan bahawa rakyat Malaysia menolak Lynas?

Tambah menghairankan apabila pemimpin-pemimpin PAS mengatakan ianya satu kejayaan. Kejayaan dalam bentuk yang bagaimana? Sehingga kini ramai pemerhati politik tidak langsung mendapati ianya satu kejayaan sebaliknya hanyalah kebodohan PAS diperkudakan oleh PKR dalam isu Lynas.

Buat masa ini Himpunan Hijau menyaksikan betapa jumlah hadirin yang semakin lama semakin mengecewakan. Jadi ada baiknya Pakatan Rakyat tidak usahlah masih memperbodohkan diri dalam isu ini kerana rakyat sudah sedar dan boleh menilai mengenai projek ini yang cuba dipolitikkan.

Nota: mana perginya Khalid Ibrahim dalam Himpunan Hijau di Shah Alam? Batang hidung pun tak nampak

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP