KEBODOHAN TAUFEK ADUN PAROI BUKA PEKUNG SENDIRI TAK BUAT KERJA

>> 26 April 2012


Dalam beberapa hari lepas bersungguh-sungguh ADUN Paroi iaitu Taufek menyalin artikel dari Harian Metro mengenai lambakan warga asing di Senawang. Seperti biasa kesalahan tersebut diletakkkan di tangan BN Negeri Sembilan sahaja.

Mungkin warga luar tidak memahami apa yang cuba diterangkan di sini. Jadi saya akan cuba jelaskan.

Untuk pengetahuan semua, Senawang terletak di bawah kawasan DUN Paroi. Taufek ialah wakil rakyat PAS di DUN Paroi. Jadi kebodohan Taufek apabila membuka pekung keaiban kawasan sendiri yang tidak dijaganya.

Tambahan pula artikel yang terpampang di blog miliknya itu bukanlah artikel yang direka sendiri sebaliknya sekadar disalin kembali dari Harian Metro.

Ini menandakan ADUN Paroi ini tidak buat kerja kerana sudah keluar surat khabar baru terhegeh-hegeh hendak salin artikel tersebut sedangkan jika hendak mengharapkan dia sendiri untuk menemui masalah tersebut alamatnya kena tunggu kucing bertanduk.

Malah kebodohan Taufek apabila permasalahan tersebut cuba dijadikan modal untuk menyerang kerajaan negeri sedangkan masalah tersebut berlaku di kawasannya sendiri. Jadi siapa yang tak buat kerja?

Ini adalah artikel tersebut

23 April 2012 SENAWANG: “Penduduk amat tertekan kerana kawasan ini seolah-olah sudah menjadi perkampungan mereka merangkumi kira-kira 1,000 pekerja asing yang menjadi penghuni di beberapa unit rumah dan rumah kedai,” kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin, Mohamad Azman Md Safar. 
Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka. 
Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas. 
“Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan. 
“Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata. 
“Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan,” katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka. 
Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka. 
“Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan,” katanya. 
Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi. 
Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan ‘perkampungan warga asing’, pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka. 
“Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan,” katanya - Harian Metro
Jika si Taufek ini cerdik, masalah ini diselesaikan secepat mungkin dengan membawa pihak berwajib untuk melakukan tangkapan, bukannya sekadar mengadu domba.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP