KU LI TETAP SETIA BERSAMA BARISAN NASIONAL

>> 11 April 2012


KOTA BHARU 11 April - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Beliau yang juga ahli Parlimen paling lama berkhidmat iaitu selama 43 tahun turut menggesa semua pihak menghormatinya yang terus bersama UMNO walaupun didesak banyak pihak agar keluar daripada parti itu.

“Jangan tanya kesetiaan saya pada parti. Saya telah lebih 50 tahun dalam UMNO. Laporan itu tidak betul dan tanyalah pada orang yang buat laporan itu. Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerah untuk menang,” katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi. - Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP