MALAYSIAKINI CUBA MENUTUP KEGANASAN BERSIH 3.0 DENGAN MENYERANG POLIS BERTERUSAN

>> 30 April 2012

Malaysiakini hebat memainkan sentiemen kebencian terhadap polis dengan terus menerus menyerang polis. Polis digambarkan sebagai ganas dan zalim semasa peristiwa BERSIH 3.0. Malah dalam masa 3 hari ini sahaja sudah berpuluh artikel mereka menyerang polis.

Dan hari ini sahaja terdapat hampir 10 artikel menceritakan mengenai keganasan polis sedangkan cerita sebenarnya polis langsung tidak bertindak ganas seperti diwar-warkan portal zionis itu.


Yang menghairankan apabila tiada satu pun artikel yang ditulis di Malaysiakini menceritakan bahawa perhimpunan tersebut ialah perhimpunan HARAM. Malah mereka meletakkan semua kesalahan yang dilakukan pendemo BERSIH ke tangan polis.

Inilah yang dikatakan oleh Zulkifli Nordin bahawa ancaman dari puak-puak rasis ini akan berterusan ke arah institusi yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan Raja.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP