ANWAR BERANG DENGAN TUNKU ABDUL AZIZ

>> 30 April 2012


PETALING JAYA: Nasib Naib Presiden DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membantah penganjuran Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin tertinggi dalam pakatan, beliau sepatutnya tahu menggunakan kedudukannya itu.

"Beliau perlu menyuarakan bantahan itu kepada pimpinan parti, bukannya melalui media.

"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat. Tidak ada sebarang syarat untuk mengusulkan sebarang pandangan kepada mesyuarat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Isnin.

Khamis lalu, Abdul Aziz menggemparkan sesi sidang Dewan Negara apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan yang akan menimbulkan keadaan huru-hara.

Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Sementara itu, Anwar mengisytiharkan 28 April 2012 sebagai 'Hari Merdeka Rakyat' apabila 300,000 rakyat berhimpun menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

"Anak-anak muda, wanita dan lelaki dari pelbagai lapisan bangsa dan umur datang dengan kekuatan untuk menuntut kebebasan serta mahu keadilan ditegakkan. Mesej mereka adalah jelas," katanya. - MStar

2 comments:

Arif Jizat April 30, 2012 at 7:21 PM  

Here's the thing....

Dia bukan dedah melalui media.... di dedah dalam Dewan Negara...

It shows Anwar is ignorant.

Pakcu Rantau Panjang,  May 1, 2012 at 9:15 AM  

Jarang manusia yang bergelar ahli politik yang menggunakan minda dalam menilai baik buruk dan menyatakan kebimbangan dalam keputusan yang dibuat kalau bercanggah dengan agenda mereka ..yang ada Pak Turut.. asalkan ianyanya berjalan tak kesah...Beginilah yang akan terjadinya dalam sesebuah negara bila kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat sejagat.....sebenarnya inilah politik rimba.....walahualam

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP