BLOGGER PAKATAN DEDAHKAN PR AKAN NAIKKAN CUKAI UNTUK TAMPUNG KOS PENDIDIKAN PERCUMA

>> 16 April 2012


Blogger Pakatan Rakyat mendedahkan bahawa pelan perancangan ekonomi Pakatan sekiranya menang. Antaranya kenaikan cukai pendapatan sebanyak 2% dan cukai korporat antara 2% ke 27 % (27%?!!). Tujuan kenaikan cukai untuk demi menampung janji-janji Pakatan seperti pengurangan harga minyak dan pendidikan percuma untuk rakyat.

Perkara ini sama sekali bertentangan dengan manifesto Pakatan Rakyat yang membentangkan akan mengurangkan cukai-cukai berkaitan untuk mengurangkan beban rakyat. Jadi apakah relevannya janji Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma sekiranya dalam masa yang sama rakyat dicekik dengan cukai yang membebankan?

Ini adalah pendedahan blogger tersebut.

Tidak habis-habis lagi PR diserang konon menjanjikan sesuatu yang mustahil apabila mengumumkan beberapa pelan bagi meringankan beban rakyat sekiranya berjaya memerintah negara ini. Kononnya apa yang dicadangkan PR iaitu memberi pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga minyak dan menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak kepada 20% serta mengambil-alih konsesi tol akan menyebabkan negara terpaksa menanggung beban sebanyak RM200 billion. 
Takkanlah PR yang diketuai oleh bekas Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin DAP yang berbangsa Cina yang sememangnya bijak dalam hal ehwal ekonomi begitu lalai sehingga tidak dapat mencongak angka yang terlibat dalam perancangan yang dibuat. 
Sudah tentulah pemimpin-pemimpin PR telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil kira semua aspek sebelum mengumumkan sesuatu perancangan terutama yang melibatkan ekonomi negara dan nasib rakyat. 
Perlu diingatkan bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan sepertimana sepatutnya, pendapatan dari hasil minyak tersebut diagihkan sebaiknya kepada rakyat melalui berbagai-bagai jenis bantuan dan peruntukan. Petronas sehingga kini menyumbang lebih kurang 36% daripada pendapatan kerajaan. Namun begitu, untuk bergantung sepenuhnya kepada Petronas pastilah kurang bijak. 
Justeru, PR mengenalpasti cara yang terbaik untuk menampung kos yang telah diangkat dari bahu rakyat adalah dengan menaikkan cukai pendapatan sebanyak 2% manakala cukai korporat dinaikkan juga dari 2% kepada 27%. 
Kenaikan ini tentu saja tidak membebankan terutama jika ia akan digunakan untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak kita. Cukai pelaburan asing pula akan dinaikkan sehingga 5% bagi membantu rakyat Malaysia. 
Selain itu, melalui pengurusan yang lebih cekap dan bijaksana, pengambil-alihan konsesi tol tidak semestinya akan membebankan kerajaan. Pada hari ini, rakyat dikehendaki menanggung beban tol dan kadar kenaikan yang tinggi dan kerajaan pula terpaksa membayar pampasan berjumlah RM63.83 billion kepada PLUS dari tahun 2008 – 2038. 
Sedangkan, jika kerajaan lebih bijak, bagi 6 lebuhraya baru PLUS sahaja, kerajaan mungkin akan dapat menjimatkan RM14 billion dalam tempoh 2009-2015. Cadangan ini telah dikemukakan oleh DAP pada tahun 2008 iaitu dengan kerajaan membuat tawaran umum pada harga RM3.30 sesaham atau 15% lebih tinggi dari harga pasaran supaya kepentingan pemegang saham kecil dibela. Kos pembelian iaitu RM5.25 billion bersama dengan hutang PLUS sebanyak RM8.5 billion ketika itu akan mencecah RM13.75 billion. Kos tersebut akan ditanggung oleh Sekuriti Kerajaan Malaysia dalam faedah sekadar 3% atau RM413 juta setahun. Jumlah bayaran balik ialah RM16.2 billion selama 6 tahun. 
Dengan jangkaan pertumbuhan aliran trafik sebanyak 3% setahun, PLUS akan dapat menghasilkan RM20 billion tunai tanpa peningkatan kadar tol. Pada tahun depan, iaitu 2015, kerajaan akan dapat menyelesaikan Sekuriti Kerajaan Malaysia sepenuhnya dengan masih mempunyai RM3.8 billion lebihan. 
Semua ini, dicampur dengan penjimatan lain serta penjanaan ekonomi dari segi lain yang akan dibawa oleh kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa RM200 billion untuk menampung kos pendidikan percuma, tol percuma serta penurunan harga minyak akan dapat direalisasikan tanpa banyak masalah. 
Yang menjadi masalah kini hanyalah kerana kerajaan BN tidak punya kebijaksanaan yang setara dan keprihatinan yang benar-benar ikhlas dalam mentadbir negara. - Suara Pakatan Rakyat
 Nota: sekiranya kenaikan cukai korporat dilaksanakan maka bungkuslah syarikat-syarikat swasta di Malaysia

1 comments:

Anonymous,  April 16, 2012 at 8:30 PM  

jagan risau bro, masa tu akan ada demo untuk mansuhkan incom tax la pulak..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP