DATARAN MERDEKA GAGAL DITAKLUK PENJILAT AMBIGA. TAHNIAH PDRM

>> 28 April 2012


Dataran Merdeka tidak berjaya ditakluk penjilat Ambiga. Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air ke atas penjilat Ambiga kerana mereka cuba merempuh masuk ke Dataran Merdeka dan bertindak ganas.

Malah ada di antara mereka membaling botol-botol air ke arah polis yang mengawal Dataran Merdeka. Dataran Merdeka sudah pun lengang dan yang tinggal beberapa kerat sahaja pendemo yang tengah berehat-rehat sambil bersembang.

Polis masih mengawal tetapi dalam jumlah yang sedikit. Wartawan masih ramai lagi dalam cuba menemubual beberapa pendemo dan polis.

Saya bernasib baik duduk di kumpulan wartawan yang berdekatan dengan benteng polis. Jadi saya tidak terkena gas pemedih mata dan semburan air.

BERSIH 3.0 bolehlah diisytiharkan "tamat acara" pada pukul 4 petang tadi. Situasi di kawasan lain tidak dapat dipastikan lagi. Ada dengar-dengar polis buat tangkapan dalam jumlah yang ramai di KLCC tetapi tidak dapat dipastikan.

Kesimpulan hari ini, BERSIH 3.0 gagal!

Nota: Saya akan pulang dalam sikit masa lagi. Pendemo pun ramai yang dah angkat kaki.

1 comments:

Otak geliga,  April 28, 2012 at 7:03 PM  

perjuangan yg TIDAK IKHLAS & melanggar syariat Islam sememangnya akan GAGAL

PDRM Mas mmg TERBAEKK!!!

Terima kasih PDRM....:D

Bro TI, sebelum balik temuramah lah dulu pendemo2 HARAM tu..hehehe

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP