PKR AMPANG BERGOLAK: ZURAIDA MAK LAMPIR VS ISA

>> 07 April 2012


Pergolakan PKR Ampang menyaksikan perbalahan diantara Zuraida Mak Lampir dan bekas Ketua Penerangan iaitu Mohd. Isa. Semuanya dikatakan apabila Mak Lampir memecat Mohd. Isa dengan alasan diisythiharkan muflis.

Mohd. Isa sebaliknya mempertikaikan pemecatannya dan menyatakan akan mendedahkan kepada umum rahsia Mak Lampir yang tidak pernah diketahui.

Sebelum ini Mohd. Isa mencabar Azmin Ali untuk membuktikan dakwaan media bahawa segala tuduhan terhadap dirinya dan Shamsidar adalah salah tetapi Azmin Ali tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Malah Zuraida yang cuba menyelamatkan keadaan mengeluarkan kenyataan bahawa Mohd. Isa adalah ahli yang dipecat. Mohd. Isa mendakwa bahawa sistem yang digunapakai Mak Lampir dalam parti adalah sesiapa yang tidak bersetuju dan menegur kepimpinan akan dipecat seperti didakwa Utusan Malaysia.

Malah terdapat juga khabar angin bahawa Mohd. Isa sedang melobi dirinya untuk menjadi calon dalam usaha menghalau Mak Lampir dan Azmin Ali keluar.

Walau apa sekalipun sememangnya PKR hanya menanti masa untuk rebah. Dalam sedikit masa nanti apabila tarikh PRU diumumkan maka aksi-aksi ini akan menjadi lebih dahsyat kerana sememangnya diketahui memang tabiat ahli PKR semuanya mahu menjadi calon pilihanraya.

ps: bila gambar mak lampir nak meletup ni?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP