RAKYAT INDONESIA KURANG AJAR ATAS DIDIKAN ANWAR IBRAHIM?

>> 12 April 2012



Video ini antara contoh propoganda yang digunakan puak-puak Indonesia dalam menanamkan perasaan benci terhadap Malaysia. Malah ini bukanlah satu-satunya video yang dihasilkan golongan bangsat di seberang laut sana malah ribuan lagi.

Malah mereka ini tanpa segan silu menuduh Malaysia dengan pelbagai tohmahan. Jika dibincangkan dari hari ini sehingga esok belum tentu selesai.

Peranan media utama seperti akhbar dan televisyen Indonesia juga agak hebat dalam menanamkan perasaan benci terhadap Malaysia. Saya masih ingat lagi apabila membaca akhbar Indonesia sewaktu di Jakarta pada tahun lepas. Setiap perbandingan mesti dikatikan dengan Indonesia.

Contohnya pada akhbar Kompas jika tidak silap saya dimana penulis rencana tersebut menyatakan mengapa Indonesia mesti duduk di tangga kedua kepada Malaysia dalam eksport kayu jati ke China? Apabila dibaca berita sukan pula di muka utama ruang sukan direntangkan tajuk sebesar-besarnya mengenai kegagalan skuad negara dalam Sukan Sea seolah-olah bertujuan untuk mengaibkan nama Malaysia.

Saya percaya bahawa rakyat Malaysia amat penyabar dan rasional dalam menangani penyakit "bodoh" rakyat Indonesia. Kerana itu rakyat Malaysia tidak melakukan provokasi balas dan itu bukan menandakan Malaysia pengecut.

Sekiranya rakyat Indonesia melakukan provokasi yang serupa terhadap Malaysia kepada negara lain seperti Thailand atau Filipina, saya percaya hubungan diplomatik Indonesia dengan negara tersebut akan menjadi seperti hubungan diplomatik Jepun dan China.

Tambah mengecewakan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang bodoh cuba menjadi wira di mata warga Indonesia dengan sanggup memburuk-burukkan negara sendiri di hadapan mata warga Indonesia. Salah seorang pastinya kita amat kenali.

Siapakah dia?

Anda kenal dengan wajah ini?


Tak percaya sila tengok video si bodoh ini sedang memburukkan negara di Indonesia.



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP