TELUR PENYU BAKAL DIHARAMKAN?

>> 08 April 2012



KUALA TERENGGANU — Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata, sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri ini walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan.

"WWF bimbang seandainya kerajaan lewat mengharamkannya, penyu mungkin akan pupus kerana jumlah pendaratan empat spesis penyu iaitu penyu belimbing, penyu karah, penyu agar dan penyu lipas di perairan pantai Terengganu semakin berkurangan.

"Setakat ini, hanya telur penyu belimbing sahaja sudah diharamkan, namun WWF mahu pengharaman memakan telur penyu ini meliputi semua spesis,” katanya

Malah, ia menjadi bualan mulut di kalangan pelancong yang teringin merasai telur penyu itu supaya datang ke Terengganu kerana ia boleh dibeli dengan mudah, berbanding Sabah atau Sarawak kerana kedua-dua negeri itu telah mengharamkan penjualan dan memakan telur penyu.

Rahayu turut meminta pihak berkuasa agama Islam supaya mencari nas atau dalil yang sahih untuk mengharamkan manusia memakan telur penyu dari pelbagai aspek.

"Saya pernah berjumpa seorang imam yang mengatakan haram untuk manusia makan telur penyu kerana kita tahu haiwan itu sangat kritikal dan boleh pupus bila-bila masa.”— BERNAMA

1 comments:

Anonymous,  April 8, 2012 at 8:59 PM  

Setuju sangat2 dengan usul ini. Masa sy buat kerja sukarela conservation penyu, memang sedeh sangat. Telur2 penyu memang selalu kena curi. Kena makan dgn haiwan lain lagi. Dalam jumlah 10,000 yg menjadi anak, hanya seekor, sy ulang hanya seekor sahaja yang hidup hingga dewasa. Bayangkan. Banyak juga yg mati kerana termakan plastik atau tersangkut jala.

Taukeh Ikan, tolonglah ketengahkan selalu isu ini supaya rakyat ada kesedaran. Kita boleh makan telur ayam, itik, puyuh tapi jangan makan telur penyu. Buatlah sesuatu supaya undang2 diatas dipercepatkan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP