TUN M: ANWAR PELUPA

>> 15 April 2012



SINTOK, 15 April (Bernama) — Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma... Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa,” kata Dr. Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous,  April 15, 2012 at 6:50 PM  

kalu Nuar buat PTPTN masa zaman umno dulu..kenapa umno tak hapuskan legasi Nuar tuh?

jawab lah

Anonymous,  April 15, 2012 at 8:37 PM  

nuar bukan pelupa tapi nuar dah gila

PecahPalakMikir April 21, 2012 at 4:16 PM  

mohon berjuang dipautan blog tuan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP