EKUITI BUMIPUTERA MASIH JAUH KETINGGALAN. SEDARLAH WAHAI MELAYU

>> 24 April 2012


PM mengumumkan bahawa ekuiti bumiputera meningkat kepada 23.09% pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan daripada tahun 2008 yang hanya 21.9%.  Sungguh pun mencatatkan peningkatan tetapi ianya masih jauh ke arah 50% pemilikan ekuiti bumiputera.

Jangan lupa bahawa bumiputera penduduk majoriti negara ini tetapi masih gagal untuk menguasai ekonomi dengan baik. Pemilikan ekuiti bumiputera tidak sampai suku dari jumlah yang ada. Adakah ianya boleh dikatakan satu pencapaian yang membanggakan?

Pemilikan ekuiti bumiputera ini banyak bergantung kepada kerajaan yang memperkenalkan kuota, hak sitimewa orang Melayu dan pelbagai bantuan demi melihat bumiputera mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. Malah sekiranya keisitimewaan yang disediakan oleh kerajaan kepada bumiputera tiada, maka ekuiti bumiputera kemungkinan akan hanya tinggal kurang dari 10%.

Ini menunjukkan kebajikan kerajaan yang sedia ada dalam membantu bumiputera dalam pelbagai aspek. Tetapi sekiranya pembangkang memerintah adakah perkara yang sama mampu dilakukan?

Masih ingatkah mengenai penolakan DEB oleh rejim DAP Pulau Pinang yang menyaksikan Melayu Pulau Pinang terus mundur? Atau ingatkah tentang rejim Negeri Selangor yang menyalurkan pelbagai bantuan kepada perniagaan masyarakat cina sedangkan janji untuk menyediakan premis perniagaan yang cukup kepada bumiputera tidak dilaksanakan? Adakah ini yang dikatakan Pakatan Rakyat membela nasib orang melayu?

DAP pula sentiasa bercita-cita menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan janji mereka untuk membela Melayu hanyalah janji di bibir sahaja sedangkan di perlembagaan parti mereka terpampang ideologi Malaysian Malaysia. Itu pun masih ramai orang Melayu termakan janji-janji palsu DAP dalam membela nasib orang Melayu. Sungguh menyedihkan.

Walau apa pun bumiputera perlu bersatu dalam meningkatkan ekuiti bumiputera supaya tidak jauh ketinggalan. Ingatlah bahawa bumiputera hanya ada kuasa tetapi ketinggalan jauh dalam ekonomi. Jadi gunakanlah kuasa yang ada untuk mendapat kembali apa yang telah diambil oleh kaum lain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP