NAIB PRESIDEN DAP TOLAK BERSIH 3.0

>> 26 April 2012


Naib Presiden DAP iaitu Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim menolak penganjuran BERSIH 3.0 yang diadakan Sabtu nanti. Ini tamparan yang hebat kepada Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim yang menyaksikan usaha mereka tergendala dengan kenyataan Naib Presiden DAP ini.

Sebelum ini semasa penganjuran BERSIH 2.0, beberapa pemimpin PAS menolak penganjuran tersebut dan akhirnya mereka disingkirkan dari parti. Adakah ini bermakna Tunku Abdul Aziz juga akan menerima nasib yang sama?

KUALA LUMPUR 26 April - Penganjuran BERSIH 3.0 dikejutkan dengan kenyataan Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Perhimpunan tersebut. 
Malah beliau juga menjelaskan sebarang Himpunan sedemikian bakal berakhir dengan keganasan. 
"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 
Tunku Aziz turut berpendirian BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang. 
"Keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga turut tidak terjamin," jelasnya lagi.
Ini merupakan kenyataan pertama seorang Pemimpin kanan Pakatan yang membantah penganjuran BERSIH 3.0. Setakat ini tiada sebarang penjelasan dari mana-mana Pimpinan DAP berkaitan kenyataan beliau. - klpos
 Nota: akhirnya ada pemimpin Pakatan Rakyat yang mampu berfikir dengan logik

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP