APO KONO BLOGGER NOGORI BEGHAMUK PULAK NI?

>> 14 April 2012



1. Kisah blogger Negeri Sembilan yang duduk di bawah payung Barisan Nasional bergaduh bukanlah cerita baru. Kisah ini sudah pun bermula semasa saya menulis untuk blog pro Gerakan lagi. Cuma baru-baru ini meletup kerana tahap tak puas hati sudah sampai tahap maksima.

2. Blogger tersohor Negeri Sembilan iaitu Paneh Miang yang juga merupakan sahabat saya diserang dan oleh blogger dari kumpulan Cili Api Bloggers yang duduk di bawah naungan MB dan KJ.

3. Kisahnya apabila Paneh Miang mula mengkritik pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di bawah naungan Tok Mat yang dilihat gagal dalam beberapa perkara untuk menjaga kepentingan rakyat. Malah corak politik KJ juga dikritik kerana dilihat membelakangkan rakyat di dalam kawasannya sendiri (Rembau).

4. Kemudiannya melompatlah anak-anak buah Tok Mat ini dan kemudiannya mengkritik kembali Paneh Miang dalam beberapa artikel.

5. Insiden terbaru pergaduhan di antara Paneh Miang dan Cili Api bloggers ini apabila Paneh Miang secara terbuka menyuarakan agar Tok Mat disingkirkan dari calon Barisan Nasional di Negeri Sembilan untuk menjamin kemenangan selesa Barisan Nasional di Negeri Sembilan. (KLIK)

6. Melompat lagilah anak-anak buah Tok Mat ini dengan kenyataan Paneh Miang. Maka secara terbuka Cili Api Bloggers dalam artikel menyerang Paneh Miang. (KLIK). Malah Paneh Miang pula dituduh sebagai blogger "musang berbulu ayam" pembangkang yang duduk di bawah panji Barisan Nasional.

7. Semalam Paneh Miang sekali lagi mengkritik pentadbiran MB secara terbuka malah lebih hebat lagi. Bukan setakat itu, malah untuk pertama kalinya Paneh Miang mengkritik Cili Api Bloggers yang bernaung di bawah Tok Mat secara terbuka di dalam artikel. (KLIK)

8. Hari ini Cili Api Bloggers membalas kembali dakwaan Paneh Miang. Bukan setakat itu, peribadi Paneh Miang juga dikritik dengan penuh dendam. (KLIK). Sampai sudah menyerang peribadi ini namanya sudah melampau.

9. Saya sebenarnya cuba berlaku neutral dalam pergaduhan kedua-dua pihak ini. Saya akui bahawa penulisan Paneh Miang agak radikal untuk menghentam pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan khususnya Tok Mat dan KJ tetapi cuba fikir kembali. Kritikan yang dikeluarkan Paneh Miang bukankah untuk kebaikan rakyat Negeri Sembilan sendiri?

10. Mungkin ada beberapa perkara terlepas pandang oleh pentadbiran Tok Mat seperti adegan belia berjoget lambak dalam Karnival Belia Negeri Sembilan. Kerana itulah kami blogger seangkatan Paneh Miang menyuarakan perkara ini. Tujuannya bukanlah untuk menghentam tetapi untuk menasihati dan menegur.

11. Cuma agak dikesalkan apabila teguran kami ini disalahertikan oleh anak-anak buah Tok Mat. Mungkin sampai ada terasa hati. Maka dengan itu kami minta maaf.

12. Selama ini pun dalam pentadbiran Tok Mat apabila saya berjumpa secara berdepan, Tok Mat tiada masalah dalam menerima kritikan. Masalahnya anak-anak buah pula yang lebih sudu dari kuah. Sehinggakan Paneh Miang pernah menyuarakan di dalam artikel sebelum ini betapa kerenah birokrasi yang perlu dilalui untuk berjumpa orang atasan untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati.

13. Jadi kerana itu Paneh Miang mengkritik secara terbuka apabila tiada akses yang lebih mudah dalam menjaga kepentingan rakyat.

14. Cili Api Bloggers pula mestilah lebih terbuka dalam menerima kritikan. Tidak adillah sekiranya hanya Cili Api Bloggers sahaja yang boleh mengkritik. Jika tidak kenapa Cili Api Bloggers mesti menayangkan video keburukan Tok Sahak yang merupakan Ketua Bahagian Seremban di blog? Bukankah ini juga bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Tok Sahak? 

15. Paneh Miang juga mungkin boleh memperbaiki agar tidak mengkritik dengan berlebihan. Mesti diingat bahawa kita duduk sebumbung di bawah Barisan Nasional. Mungkin ada cara yang lebih baik untuk mengkritik.

16. Perlu diingat bahawa Paneh Miang pro rakyat yang merupakan paksi kepada kemenangan dalam PRU manakala Cili Api Blogger pro pemimpin yang menentukan rakyat akan dipimpin oleh siapa. Jadi kepentingan masih terletak kepada suara rakyat yang secara tidak langsung termasuklah Paneh Miang.

17. Jika masih tiada perubahan dilakukan antara kedua-dua pihak ini maka lagi lintang pukanglah parti kita. Adakah kerana kepentingan kita maka kita perlu menunggu untuk melihat negeri kita terjadi seperti di Pulau Pinang dan Selangor baru kita mahu bersatu?

17. Perlu diingat bahawa kerajaan yang kuat memerlukan sayap kiri yang kuat. Kerana itu kami yang seangkatan dengan Paneh Miang sentiasa mengkritik untuk menguatkan lagi parti.

Nota: tak pasa-pasa tepak bersulam pun kono basoh ngan budak bongek. Wakakaka....

1 comments:

Anonymous,  April 15, 2012 at 9:15 AM  

hehehe kopak bersulam

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP