ADAM ADLI CUBA MEMBUKTIKAN DIRINYA PENJILAT TEGAR ANWAR

>> 15 April 2012


Sekumpulan mahasiswa bebal mengadakan perkhemahan di Dataran Merdeka untuk meneruskan proses protes agar PTPTN dimansuhkan dalam usaha memberikan pendidikan percuma. Kumpulan bebal ini diketuai Adam Adli yang memang terkenal tahap kebebalannya sehinggakan ada pelayar blog politik mempertikaikan kenapa manusia bebal seperti Adam Adli boleh belajar di UPSI.

Kisah ini berlanjutan dari demo PTPTN semalam yang tidak mendapat sambutan. Hanya 300 ekor kera sahaja yang menyertai perhimpunan tersebut. Difahamkan bahawa pengkritik politik pembangkang memberikan istilah "gagal" kepada demo tersebut.

Dalam pada itu Adam Adli meneruskan lagi demo dengan perkhemahan di Dataran Merdeka untuk meneruskan lagi protes. Kalau di jalanan dah tak laku, kini berkhemah pula demi menarik perhatian orang ramai.

Apa yang ingin dibincangkan disini betapa bebalnya siswa-siswa yang turut mengikut Adam Adli berkhemah. Ini kerana Adam Adli masih lagi dalam penggantungan pengajian oleh UPSI sebaliknya siswa yang lain perlu menghadiri kelas.

Hari ini mujurlah hari Ahad dan siswa tidak perlu menghadiri kelas. Sebaliknya sekiranya hari esok, bagaimana pula dengan kehadiran mereka ke kelas?

Berbaloikah siswa-siswa ini gagal peperiksaan demi kepentingan politik Anwar Ibrahim?

Perlu diingat bahawa kumpulan Adam Adli ini dibayar dan mempunyai kepentingan oleh puak-puak tertentu manakala siswa-siswa yang lain hanya ibarat lembu yang ditarik hidungnya. Jadi siswa-siswa yang lain tolong berfikir secara matang sebelum menjadi salah seekor kera di dalam kumpulan Adam Adli.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP