ZURAIDA MAK LAMPIR SIMPAN SAMSENG DALAM MPAJ

>> 05 April 2012



Satu pendedahan tentang kegiatan tarian tiang di Pandan Perdana telah dilakukan oleh wartawan akhbar KOSMO beberapa minggu yang lepas. Kelab hiburan berkenaan kemudiannya diserbu oleh pihak polis dan penangkapan telah dibuat.

Menariknya, jawapan yang diberikan oleh pihak MPAJ apabila ditanya tentang masalah tersebut sangat mudah, tetapi sangat membodohkan!

Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, pihaknya tidak tahu menahu atau menerima sebarang laporan daripada masyarakat sekitar tentang kewujudan pusat-pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang turut menyajikan ‘tarian tiang’ bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Dan yang lebih menariknya ialah apabila PRO MPAJ itu mengakui bahawa pihaknya tidak pernah menyerbu mana-mana pusat hiburan yang menyajikan ‘tarian tiang’. (BACA DI SINI)


MPAJ sama seperti PBT yang lain, mempunyai kakitangan yang bertugas sebagai penguatkuasa dan sebagainya. Masakan MPAJ langsung tidak ada perancangan untuk mengintai, mengintip dan membuat pemeriksaan secara rambang sebaliknya hanya menunggu laporan daripada orang ramai baru hendak bertindak?

Alangkah mudahnya kerja MPAJ yang mengutip cukai dari setiap premis di seluruh Ampang. Dengan kata lain, mentekedaghah gaji buta sajalah kerjanya kalau tindakan hanyalah berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada orang ramai.

Atau sebenarnya MPAJ sebenarnya sedang cuba melindungi beberapa orang di dalam MPAJ sendiri, khususnya beberapa orang Ahli Majlis yang diketahui terlibat dengan kegiatan jenayah, lintah darat dan pemeras ugut? Itulah sebabnya jawapan yang diberikan oleh PRO MPAJ kelihatan amat bodoh dan serba membodohkan.

Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang sehingga kini tidak dapat menjawab mengapa dua orang Ahli Majlis MPAJ yang diketahui sebagai samseng dibawa masuk untuk membentuk kemnya dalam MPAJ. Malah tiada seorang pemimpin Pakatan Rakyat di Ampang yang mampu menjawab, mengapa peningkatan kadar jenayah lendir begitu ketara semenjak Ampang berada di bawah pengurusan Pakatan Rakyat, khususnya PKR.

Amat menghairankan, PBT seperti MPAJ yang mempunyai pelbagai akses untuk menghalang kewujudan pusat hiburan seperti yang terdapat di Pandan Perdana itu, kemudiannya memilih untuk memberikan jawapan bodoh, seolah-olah di MPAJ, yang bekerja hanyalah PRO, Pengarah, Yang Dipertua, Pengurus dan kerani!

Masakan MPAJ yang kemaruk benar dengan kenaikan cukai tanah dan cukai pintu, langsung tidak boleh berfikir tentang pusat-pusat hiburan maksiat yang bersepah-sepah di Ampang Jaya? Mengapa pula jawapan yang diberikan oleh seorang PRO seperti Norhayati Ahmad lebih menjurus kepada cubaan untuk melindungi kegiatan jenayah lendir yang membabitkan Ahli-Ahli Majlis?

Sumber: Selangor Daily

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP