KES TANAH BAYAN MUTIARA: LIDAH BIAWAK KATA UMNO PERKAUMAN SEBAB MEMPERJUANGKAN MASJID!

>> 06 April 2012



Si lidah biawak yang lagaknya seperti samseng dalam satu sidang akhbar mengatakan penjualan tanah di Bayan Mutiara adalah wajar. Wajar kepala hotak dia!

Selain itu si lidah biawak mengatakan UMNO perkauman kerana UMNO hanya memperjuangkan tapak masjid yang dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedangkan tapak rumah ibadat lain tidak diperjuangkan.

Ini adalah satu lagi kisah buka pekung oleh si lidah biawak.

Maknanya dalam pelan asal sememangnya terdapat rumah ibadat untuk agama lain turut dijual Lim Guan Eng?! Bukankah ini menunjukkan betapa biadapnya Lim Guan Eng menjual tapak-tapak rumah ibadat demi kepentingan wang dan kroni-kroni sendiri?!

Dalam pada itu apabila si lidah biawak mengatakan bahawa UMNO hanya mempertikaikan isu tapak masjid, pastinya ianya isu yang biasa kerana penganut agama mana tidak merasa marah apabila tapak rumah ibadat mereka dijual oleh agama lain?

Seandainya Kerajaan BN menjual tapak Tokong, pastinya DAP juga akan memainkan isu yang sama malah lebih dahsyat lagi dengan tokok tambah dari akhbar-akhbar rasis mereka. 

Jadi apabila orang Islam memperjuangkan hak agama mereka di Pulau Pinang adakah ini dikatakan rasis?

Ini menunjukkan betapa bangsa Melayu Islam Pulau Pinang sememangnya merempat di tanah sendiri dengan kekejaman rejim Lim Guan Eng yang sentiasa menidakkan suara mereka. Tambah memilukan nasib Melayu Islam Pulau Pinang apabila PAS turut bersubahat dengan kafir harbi ini yang dipanggil orang PAS sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP