PERANG BLOGGER NEGERI SEMBILAN MASUK KE FASA BARU

>> 13 May 2012


1. Blogger-blogger upahan MB semakin kemaruk untuk memerangi blog sahabat Paneh Miang dalam arena maya Negeri Sembilan.

2. Terbaru, sebuah blog MB Negeri Sembilan membariskan blog Paneh Miang ke dalam kumpulan blog-blog pro pembangkang. Ini secara langsung membariskan Paneh Miang selari dengan Aspan Alias, Chegu Bard dan lain-lain blog-blog pembangkang.


3. Seperti diketahui, blogger-blogger upahan MB sememangnya memusuhi Paneh Miang sehinggakan sanggup menubuhkan sebuah blog bernama Paneh Punggung VS Paneh Miang. Penubuhan blog ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar berperang dengan Paneh Miang.

4. Sebelum ini pun blog MB iaitu Cili Api bloggers turut menyerang Paneh Miang dengan pelbagai tohmahan dan menuduh Paneh Miang sebagai musang berbulu ayam sedangkan selama saya mengenali Paneh Miang, dia adalah ahli UMNO tegar.

5. Semakin lama blog-blog upahan MB ini semakin bersikap kebudak-budakkan. Malah dari hari ke hari makin melampau.

6. Jika hendak dibandingkan, perjuangan blog Paneh Miang lebih ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat Negeri Sembilan dengan mengetengahkan isu-isu untuk memperbaiki rakyat sebaliknya blog-blog upahan MB ini lebih sekadar masuk bakul angkat sendiri! Dalam memperjuangkan hak rakyat pastinya pemimpin-pemimpin yang tidak melaksanakan tanggung jawab dengan baik akan dikritik.

7. Malah blog Tauke Ikan ini pun turut mengkritik kepimpinan parti dan tidak semestinya dalam Negeri Sembilan sahaja sebaliknya di mana-mana sahaja apabila dilihat terdapat kesalahan dan kesilapan. Tujuannya adalah untuk menambah baik dan menguatkan parti.

8. Masalahnya perjuangan kami ini disalahertikan dengan mengatakan kami ini sebagai pembangkang. Apakah kami ini tiada hak untuk bersuara sehinggakan apabila kami bersuara kami dituduh pembangkang?

9. Kritikan yang dilemparkan kami sepatutnya diajak untuk dibincang bersama, bukannya untuk dijadikan modal untuk melancarkan perang. Malah bukannya kami takut untuk berperang kerana setiap hari pun kami berperang di alam maya cuma masih terfikir di hati kami mengapa perlu berperang sesama sendiri.

10. Diharap blog-blog upahan MB lebih berfikiran matang untuk menerima kritikan. Saya percaya MB seorang yang boleh menerima kritikan kerana saya pernah berjumpa MB Negeri Sembilan dalam banyak program. Cuma, blog-blog penjilat MB ini jangan pula melompat tak tentu hala lebih sudu dari kuah.

11. Saya menulis megenai isu ini bukannya untuk mengadu domba atau menambah lagi luka yang sudah parah sebaliknya cuma menjelaskan perjuangan kami di sayap kiri yang disalahertikan oleh blogger-blogger MB. Tambahan pula Paneh Miang merupakan sahabat saya, jadi saya menulis untuk mempertahankan sahabat saya kerana kami di dalam bentuk perjuangan yang serupa.

12. Jadi, blogger-blogger MB, sila ubah sikap anda yang suka menyerang tidak tentu hala. Perlu diingat bahawa pemimpin datang dan pergi sebaliknya parti tetap kekal. Jadi, soalan saya, anda sebenarnya berjuang untuk parti atau MB? PRU tidak lama lagi dan apa gunanya jika hanya kawasan MB sahaja yang menang sebaliknya kawasan yang lain tumpas? Sanggupkah anda melihat keadaan itu wahai blogger-blogger upahan MB?

3 comments:

Unknown May 13, 2012 at 6:37 PM  

PANEH MIANG PEMBANGKANG? ... CHILDISH LAH ...

NI KERJA BUDAK-BUDAK PRA MATANG BRO ... LEAVE IT

BODOHLAH MANA-MANA PIHAK COP PANEH MIANG PRO PEMBANGKANG ...

paneh May 15, 2012 at 12:47 PM  
This comment has been removed by the author.
paneh May 15, 2012 at 12:48 PM  

Biarlah dorang bro. Tak luak pun. Kami kenal mereka tu suma. Ada dikalangan mereka sblm ni pun kami yg ajar. Dan mereka masih tak sedar ada musuh dlm selimut dikalangan mereka, org pgayr. Leka dok serang kita, maklumat dalaman mereka sendiri terdedah. Nasib mereka la labuu...

Terima kasih bro for your support n believing.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP