KISAH TAPAK SEKOLAH SJK EFFINGHAM YANG DIPOLITIKKAN DAN DIDEDAHKAN

>> 28 May 2012


Dalam sehari dua ini heboh diperkatakan oleh juak-juak PKR bahawa MIC merampas tanah milik SJK Effingham yang berjumlah 3 ekar dari 6 ekar yang diperuntukkan untuk sekolah. Permasalahan ini sebenarnya telah pun lama diselesaikan oleh pihak pengurusan sekolah dan MIC.

Dalam isu ini Pakatan Rakyat mendakwa bahawa MIC merampas tanah sekolah sesuka hati. Malah dalam hal ini juga diselitkan dengan isu perkauman apabila penceramah-penceramah PKR mendakwa kerajaan dalam usaha menidakkan pendidikan masyarakat India.

Realiti dan fakta yang disorokkan apabila pihak pengurusan SJK Effingham telah mengemukakan bukti bahawa tanah sekolah berjumlah 3 ekar itu sebenarnya bukanlah dirampas oleh MIC tetapi sebenarnya tidak digunakan. Tanah tersebut masih ada dan tidak dirampas seperti didakwa juak-juak pembangkang!

Keratan dokumen dari pihak pengurusan sekolah
Dokumen ini telah pun ditunjukkan kepada juak-juak pembangkang beberapa minggu lepas tetapi mereka masih menyorok kebenaran mengenai perkara ini demi mengelirukan masyarakat India untuk kempen politik mereka.

Malah Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan telah mencabar Sivarasa dan N Surendran untuk berdebat mengenai isu ini tetapi Sivarasa dan N Surendran menolak tanpa alasan! Jika juak-juak Pakatan merasakan mereka benar mengapa takut berdebat dengan isu yang mereka bawa?!

Dan tambah menghairankan apabila NGO-NGO yang bersekongkol bersama Pakatan Rakyat mengenai isu ini ingin mengadakan mogok lapar walhal kebenaran telah pun dibuktikan bahawa siapakah penipu dalam hal ini. Dalam hal ini mungkin saman pilihan yang baik untuk menutup terus mulut-mulut juak-juak Pakatan mengenai isu ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP