LAPORAN POLIS TERHADAP NIZAR

>> 30 May 2012



JOHOR BAHARU 30 Mei - Pemuda UMNO Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.

"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalah guna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang akhbar malam tadi. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous,  May 30, 2012 at 3:56 PM  

Melayu sekarang terlalu biadap angkara mainan politik kotor yang dipimpin olih pihak pembangkang yang tidak bermoral dan tersesat dalam agama. Rakyat Malaysia wajar tolak party politik begini.

Anonymous,  May 30, 2012 at 5:36 PM  

Nizar ni tak pernah kena lempang; kalu dia kena sekali dua barulah mungkin dia berhati2 sikit sebelum sesuatu yang kotor keluar dari mulutnya.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP