DAP: RASUAH KAMI KEPADA TUNKU ABDUL AZIZ ADALAH IKHLAS

>> 16 May 2012


DAP mengesahkan bahawa tindakan mereka menawarkan wang sejumlah RM 50,000 kepada Tunku Abdul Aziz supaya kembali kepada DAP adalah ikhlas. Ini dinyatakan oleh seorang Melayu celup di dalam DAP iaitu Zairil Khir Johari.
Tawaran kami kepada Tunku adalah ikhlas atas dasar ingin mendapatkan kepakaran beliau di Pulau Pinang selepas tidak mahu menyambung tugasnya sebagai Senator.
Terang-terangan bahawa tawaran DAP itu merupakan satu bentuk rasuah. Mana perginya dasar sifar rasuah yang konon-kononnya dibawa DAP dan Lim Guan Eng?

Tunku Abdul Aziz menyifatkan tawaran rasuah itu merupakan satu bentuk penghinaan. Sememangnya ia satu bentuk penghinaan kerana prinsip dan maruah sama sekali tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ada baiknya Tunku Abdul Aziz melaporkan tawaran RM 50,000 itu kepada SPRM kerana ianya sememangnya rasuah. Ikhlas atau tidak bukannya lesen untuk menghalalkan rasuah.

2 comments:

Anonymous,  May 16, 2012 at 4:56 PM  

satu persatu segala fitnah yang pernah mereka lontarkan ke atas umno/bn kini kembali kepada mereka dalam bentuk nyata, berfakta dan terbuka! tanpa mampu mereka nafikan!

-wau

Serban Singh,  May 16, 2012 at 5:08 PM  

Lain kali guna perkataan sedekah.

Barulah Pok Nik kata tak salah.

Tapi sendiri mau ingatlah sedekah RM50,000 kepada orang yang sudah berada apa tujuannya.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP